Bahagianya keluarga besar ini! Siapa sangka disebalik suatu peristiwa hitam dahulu, keluarga besar ini mampu bersatu dan menjadi inspirasi buat mereka diluar sana. Keluarga yang dimaksudkan adalah keluarga Norman Hakim, Memey Suhaiza dan Abby Abadi yang kini menjadi keluarga besar dimana anak-anak menjadi penyatuan mereka semua.

Anak Akhirnya Pulang Ke Malaysia


Becakap soal anak, sebelum ini Abby dan suaminya telah berangkat ke Turki bagi menghantar anak sulung mereka, Danish Hakim untuk menyambung pengajiannya di sana selama 6 bulan. Kini penantian tersebut telah berakhir apabila anak mereka ini telah pulang ke pangkuan keluarga dan sempat beraya bersama meskipun Aidilfitri sudah sampai ke penghujungnya minggu ini.

Bawa Juadah Raya Di Lapangan Terbang


Menerusi perkongsian video Norman, mereka sekeluarga dilihat telah memakai baju raya sedondon serta turut membawa bersama juadah raya bagi menyambut kepulangan Danish. Setibanya anak mereka di lapangan terbang, Norman dan Abby memeluk erat anak mereka itu dan turut mengalirkan airmata kegembiraan.

Lebih manis, Norman dilihat menyuap makanan ke mulut anaknya itu seperti melepaskan rindunya yang sekian lama. Rata-rata peminat yang menonton video tersebut berasa terharu dan sebak melihatkan betapa eratnya hubungan keluarga besar mereka.

Sumber: Instagram Norman Hakim