Forbes baru sahaja mengeluarkan senarai wanita terkaya di Amerika Syarikat untuk tahun 2018. Dua beradik Kim Kardashian dan Kylie Jenner untuk pertama kalinya masuk dalam senarai tersebut. Lebih membanggakan tercatat sebagai wanita termuda yang ada dalam senarai 60 wanita paling kaya versi Forbes.

Baru Berusia 20 Tahun


Di usianya yang baru berusia 20 tahun, Kylie sudah menjadi Billionaire berkat kejayaan perniagaan yang dia jalankan. Ketika ini, ibu kepada seorang anak ini sedang menjalankan perniagaan kosmetik, aplikasi, serta pakaian. Di usia yang masih muda, Kylie berjaya meraih kekayaan mencapai 900 juta dolar AS (RM3.5 Juta) dan menempatkannya di kedudukan ke 27 senarai wanita terkaya.

Forbes turut menyatakan Kylie Jenner secara radikal telah mengubah lanskap perniagaan, budaya, dan politik dengan menjadikan dirinya sebagai role model.

Tahun Untuk Usahawan Kosmetik


Setiap tahun, Forbes mengeluarkan senarai tahunan wanita paling kaya di mana kejayaan dimiliki bukan diperoleh dari warisan keluarga. Nampaknya, tahun ini adalah tahun pengusaha kosmetik. Ini kerana dari tujuh pendatang baru di dalam senarai, empat di antaranya berjaya berkat perniagaan kecantikan termasuk Kylie dan Kim. Dua nama lainnya yang berjaya dari industri kosmetik adalah Anastasia Soare dan Huda Kattan.

Huda Kattan.

Tahun ini, Taylor Swift masih bertahan di daftar wanita terkaya Forbes namun merosot ke peringkat 60 dengan total kekayaan 320 juta dolar AS.

Neelofa Kongsi Inspirasi


Pengacara dan usahawan muda, Neelofa turut berkongsi berita ini menerusi Instagram Storiesnya. Neelofa memuatnaik gambar potongan artikel bertajuk “How 20-Year-Old Kylie Jenner Built A $900 Million Fortune In Less Than 3 Years ” dari Forbes mengenai rahsia kejayaan Kylie untuk bergelar usahawan yang berjaya dan berita ini sangat baik untuk dibaca sebagai inspirasi untuk dirinya mahupun orang lain.

Sumber BBC