Zaman sekarang makin mencabar bagi yang bergelar ibubapa yang harus bekerja, untuk masa depan sekeluarga. Bila kedua-duanya bekerja, anak-anak yang masih kecil mahu atau tidak, terpaksa ditinggalkan sama ada di taska, di bawah pemerhatian bibik di rumah, atau kepada pengasuh.

Namun, dewasa ini, terlalu banyak cerita negatif tentang taska, bibik dan pengasuh. Bagi mengelakkan daripada sesuatu yang tidak diingini berlaku, pelakon Abby Abadi menasihati supaya memasang Kamera Litar Tertutup atau CCTV di rumah.

View this post on Instagram

ANTARA SEBAB KENAPA PERLU ADA CCTV di rumah, kerana kes2 beginilah.. 😷 . Tak sampai hati nk pos video2 mcm ni sbnrnya, tp nak bagi kesedaran pada awk2, ibu bapa diluar sana utk sentiasa memantau pergerakkan org2 yg kita beri kepercayaan utk menjaga anak2 kita .Geram.. rasa nak marah bila dapat tahu pengasuh atau pembantu rumah dera anak2 mcm ni. Itupun kalau dapat bukti. . Kalau takde bukti, mcmana kita nak tahu mereka amanah ke tidak.. mereka kerjakan anak2 kita ke tidak.. Bila tanya mmg x akan mengaku. . Kalau ada cctv ada bukti kukuh, boleh jadikan bahan bukti kat Polis . Tapi masyarakat kita ni, benda belum jadi…x de siapa rasa pentingnya cctv di rumah…bila dah berlaku baru timbul perkataan KALAU . Banyak kelebihan cctv dirumah ni…jangan fikir kos mahal, kita bukan bayar teknologi tetapi kita bayar harga untuk keselamatan anak2 di rumah . Pusat asuhan anak2 pun perlu ada…setiap bilik perlu pasang cctv… . Yang terbaik, cctv yg dijual ni ialah ibubapa buleh akses thru hp, boleh tengok anak2 mereka…baru ada keyakinan ibubapa nk tinggal/hantar anak ke mana2 Pusat Asuhan . . Nak tahu detail tentang cctv boleh wasap saya . 013 925 2112. . Pakej berbeza ye . Ada yg single, 4 channel, 8 channel, dan beberapa pilihan lagi. Whatspp utk order @jaiezzany 0139252112❤️

A post shared by Mencari redha ALLAH (@abby_abadi112) on

“CCTV dipasang untuk Ibu bapa diluar sana sentiasa memantau pergerakkan orang-orang yang kita beri kepercayaan untuk menjaga anak-anak kita. Geram.. rasa nak marah bila dapat tahu pengasuh atau pembantu rumah dera anak-anak mcm ni. Itupun kalau dapat bukti.” katanya menerusi Instagram.

Bahan Bukti kepada Polis

Abby berkata, sekiranya ibubapa memasang CCTV dirumah, sekurang-kurangnya ada bukti kukuh, boleh jadikan bahan bukti kepada Polis. Namun orang ramai masih belum ada kesedaran betapa pentingnya CCTV di rumah kerana memikirkan kos yang mahal.

“Banyak kelebihan cctv dirumah ni…jangan fikir kos mahal, kita bukan bayar teknologi tetapi kita bayar harga untuk keselamatan anak2 di rumah” tegasnya

 

Ia adalah salah satu langkah yang dapat mengurang jenayah,terlalu bergantung kepada pihak polis  dapat dikurangkan. Sebaliknya kita membantu bersama pihak berkuasa membentras dan mengurangkan jenayah.

Abby turut menawarkan pakej pemasangan CCTV ini kepada peminatnya. Perniagaan ini dijalankan oleh suaminya sendiri Faizal Zakaria. Kelebihan CCTV ini, selain boleh tengok melalui monitor, ia juga boleh dilihat melalui telefon pintar dengan adanya internet.