Penyanyi tersohor tanah air, Ziana Zain sah bercerai talak satu dengan suaminya Armin Zaharin Ahmad Zambri di Mahkamah Syariah Shah Alam petang ini.

Pada 3 April lalu, Ziana memfailkan tuntutan perceraian di Mahkamah Syariah di sini, namun Armin dikatakan tidak bersetuju melafazkan cerai dan meminta kes itu dibawa ke Jawatankuasa Pendamai.

Kemelut rumah tangga pasangan ini bermula selepas Armin yang juga bekas pramugara kanan syarikat penerbangan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, atas tuduhan pindaan sengaja menyebabkan kecederaan luka dan lebam ke atas anaknya menggunakan rotan di sebuah rumah di Denai Alam, 24 Februari lalu.

Ziana Zain atau nama sebenar atau nama sebenarya Siti Roziana Zain, 50, dan Armin, 53, bernikah pada 9 Mei 1998. Hasil hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan empat orang cahaya mata, Muhammad Aiman, 18, dan Muhammad Ammar, 14, serta pasangan kembar, Muhammad Ariel dan Siti Nur Kaseh, 9.

Sumber Mstar

Artikel SebelumnyaGeram Lihat Pengasuh Sepak Bayi, Abby Abadi Ingatkan Ibu Bapa!
Artikel SeterusnyaSelamat Lahirkan Anak ke-3, Tahniah Norman Hakim & Memey Suhaiza!
Gosip Selebriti sememangnya sudah menjadi sebahagian dalam hidup saya. Tak hairanlah jika selebriti hubungi saya untuk reka cerita gosip. Cerita sahih lebih diutamakan.