Tepat jam 12.52 tengahari tadi, pasangan Norman Hakim dan Memey Suhaiza telah selamat menimang cahaya mata ketiga mereka.

Tahniah kami ucapkan kepada pasangan ini. Memey dan bayi perempuan seberat 3.35 kilogram itu dilaporkan berada dalam keadaan sihat. Norman menerusi kapsyen di Instagramnya mengucapkan terima kasih di atas doa dan sokongan daripada ahli keluarga, rakan-rakan, peminat dan juga pihak media sejak dari awal kehamilan sehinggalah melahirkan.

Sebelum ini Norman mempunyai dua cahaya mata iaitu Muhammad Darwisz Hakim, empat tahun, dan Muhammad Dikhriz Hakim, dua tahun, hasil perkahwinan dengan Memey.

Hasil perkongsian hidup bersama Abby Abadi, aktor itu dianugerahkan tiga anak iaitu Mohamed Danish Hakim, 14, Marissa Dania Hakim, 12, dan Maria Danisha Hakim yang berusia sembilan tahun.

Marhaban Ya Baby Girl❤️Izinkan papa mencium bau-bauan syurga…

A post shared by Khalifah Allah (@normanhakim_786) on

Kami di Hangat.com mendoakan yang terbaik buat keluarga ini. Alangkah bahagianya kehidupan Memey dapat suami yang betul-betul mencintai dan menghargai.

0
like
0
love
0
haha
0
wow
0
sad
0
angry

Komen Anda

Previous articleCerai Talak Satu, Ziana Zain Kini Bergelar Janda
Next articleBelasungkawa, 5 Selebriti Ini Meninggal Dunia Melawan Kanser
Gosip Selebriti sememangnya sudah menjadi sebahagian dalam hidup saya. Tak hairanlah jika selebriti hubungi saya untuk reka cerita gosip. Cerita sahih lebih diutamakan.