Terdahulu pasukan Portugal gagal mara ke pusingan akhir Piala Dunia apabila tewas 2-1 dengan Pasukan Uruguay. Begitu ramai yang kecewa apatah lagi Portugal menaruhkan pemain bola sepak dunia terkenal, Cristiano Ronaldo.

Cristiano Umum Berundur Dari Real Madrid


Lebih mengejutkan, selepas kekalahan tersebut Cristiano mengumumkan pengundurannya dari kelab Real Madrid selepas 9 tahun bersama kelab itu. Pengunduran tersebut menyaksikan Cristiano kini secara rasmi menyertai pasukan Juventus dan ternyata penyertaaannya dalam Juventus mengembirakan peminat Juve.

Juan Cuadrado Sanggup Serah Nombor 7 Untuk Cristiano


Ketika mengumumkan berita tersebut, ramai yang tertanya apakah nombor jersi yang akan dipakai oleh Cristiano dalam pasukan Juventus kerana pemain bola ini begitu sinonim dengan nombor 7 sehingga turut dikenali dengan gelaran CR7. Menurut sumber, sebelum ini jersi nombor 7 dalam Juventus adalah hak milik pemain sayapnya, Juan Cuadrado.

Namun begitu, Cuadrado secara rasminya merelakan nombor tersebut dipindah milik ke Cristiano dan ini bermakna Cuadrado akan memiliki nombor jersinya yang baru dan akan diumumkan tidak lama lagi. Apakah signifikan nombor 7 buat Cristiano? Anda punyai jawapannya? Mungkin akan kami kupaskan tidak lama lagi!

Sumber Independent UK