Jika anda menganggap protokol kerabat diraja di Malaysia terlalu ketat, sebenarnya aturan protokol diraja di United Kingdom boleh dikatakan lebih ketat berbanding negara-negara lain. Ini kerana sejak zaman pemerintahan Queen Elizabeth, mereka begitu mementingkan segala protokol secara keseluruhannya termasuklah aturan untuk beradu (tidur).

Putera Harry Dan Meghan Pamerkan Kemesraan Pada Umum


Antara larangan tersebut adalah kerabat diraja dilarang sama sekali pamerkan kemesraan hubungan mereka pada umum. Namun begitu, sebagai pengantin baru,  nampaknya Putera Harry dan Meghan Markle seperti sudah melanggar protokol istana yang ditetapkan. Ini kerana media di negara itu berjaya merakam beberapa gambar mereka berpegangan tangan mesra di beberapa buah acara yang dihadirinya.

Terlalu Berlebihan ?

Mereka yang melihat gambar-gambar yang tular itu turut membandingkan Putera Harry tidak seperti abangnya, Putera William yang jarang sekali mempamerkan kemesraannya bersama Kate Middleton di khalayak ramai.

Ada yang menganggap Putera Harry dan Meghan seperti terlalu berlebihan dan tidak kurang yang menolak itu adalah lumrah bagi mereka yang sedang bahagia mendirikan rumahtangga.

Sumber : News.com.Au