Beberapa hari yang lalu, berlaku beberapa perselisihan faham di antara ikon fesyen Wak Doyok dan rakan niaga nya, Asyraf Mazlan di Instagram. Menerusi laman sosial itu, Wak dituduh menipu peminatnya kerana menganggap Asyraf sebagai pembantu peribadinya sedangkan usahawan itu merupakan pemegang saham terbesar dalam jenama Wak Doyok. Berang dengan tuduhan tersebut, Asyraff tampil kemukakan beberapa bukti di Instagram nya.

Wak Kecewa, Anggap Asyraf Sebagai Adik Sendiri

Kecewa dengan tindakan Asyraf yang dilihat seperti menjatuhkan reputasinya, jelas Wak ianya bukanlah satu kerja mudah untuk membina ‘jenama’ nya sendiri yang diusahakannya sejak tiga tahun yang lalu. Malah bagi Wak atau nama sebenanrya Mohd Azwan, dia bertambah kecewa kerana tidak menyangka Asyraf sanggup berbuat demikian kerana menganggapnya seperti adiknya sendiri.

Saya berasa hiba, kesal dan terkilan terhadap tindakan-tindakan beliau didalam Instastory Asyraff Mazlan yang cuba mencemarkan dan mencalarkan nama baik Wak Doyok yang dicipta dan dibina menggunakan kudrat saya sendiri selama 3 tahun. Instastory dari beliau yang menerima liputan media baru-baru ini betul betul terkesan terhadap diri saya kerana saya dah menganggap dirinya umpama adik kandung saya sendiri. Saya masih harap silaturrahim yang diikat tidak putus ditengah jalan. Meskipun terasa seperti di tikam dari belakang, sebagai seorang yang sentiasa menampilkan imej sartorialis dan gentleman saya masih positif terhadap apa yang berlaku dan berpandangan bahawa salah faham ini akan ditangani dengan cara gentleman. Sebelum ditular, saya memanggil semua peminat dan orang-orang awam untuk tidak cepat mengecam dan mengeluarkan komen-komen berunsur fitnah dan tidak tepat terhadap diri Wak Doyok mahupun AshraffMazlan. Tapi fikirlah sejenak, tidak munasabah dan tak masuk akal langsung apabila dia mendakwa dan menuntut dia memiliki hak imej, hak cipta, hak reka dan hak keatas diri saya? Saya masih belum mati untuk dia mewarisi hak-hak yang sememangnya adalah zahir dan batin mutlak diri saya yang dikenali sebagai Wak Doyok. Tiada dua Wak Doyok di dunia ini. Syarikat syarikat tersebut hanyalah untuk menentukan peratusan keuntungan yang dikongsi bukan keatas apa yang mutlak kurniaan dan rahmat tuhan kepada diri saya. Samada syarikat tersebut ditubuhkan berdasarkan persetujuan saya, masih belum lagi saya boleh komen. Biarlah keadilan menentukan. Namun, saya masih positif dan menyeru semua pihak untuk tidak menularkan perkara yang tidak benar. Tindakan yang sewajarnya telah diambil dan akan diambil. Saya berdoa agar rezeki saya berpanjangan dan sokongan dari peminat-peminat masih kuat. Secara peribadi, saya telah mengambil iktibar terhadap kejadian yang berlaku dan beriltizam untuk terus mengorak langkah ke depan. #AkuYangPakaiKoYangPanas #PencuriHakOrang #MyIpo #Keadilan ⚖️👨🏻‍⚖️

A post shared by Wak Doyok (@wakdoyok) on

Bakal Ambil Tindakan?

Meskipun pelbagai kecaman diterima, bagi Wak dia tetap ingin menyelesaikan kemelut antara mereka secara baik. Meskipun begitu, Wak yang dilihat memuat naik kenyataannya di sebuah lokasi dipercayai Pejabat Peguam Negara mencetuskan tanda tanya dikalangan netizen adakah Wak bakal mengambil tindakan?

BACA  Wak Doyok Tipu Peminat 'Curi' Gambar Dari Google?

Apa pun, kami mendoakan agar kemelut diantara mereka diselesaikan secepat mungkin dan berbaik semula.

like
love
haha
wow
sad
angry

Komen Anda

Previous articleBerpegangan Tangan! Putera Harry & Meghan Langgar Protokol?
Next articleInstagram Sudah Padam Akaun Faiz Roslan? Ini Buktinya!
Khai Azfar
Writes to Express Not to Impress