Susulan daripada video yang melibatkan selebriti media sosial, Faiz Roslan yang dilihat menari di kelab malam tular sejak beberapa hari yang lalu, pelbagai kecaman terus ‘dilemparkan’ netizen dan turut menganggap Faiz tidak serik dengan kejadian yang memalukan baru-baru ini.

Instagram Nyah-Aktif Akaun Faiz Roslan

Sebelum ini, netizen telah melancarkan gerakan boikot ke atas Faiz selepas beberapa tindakannya sebelum ini melibatkan sensitiviti agama. Hasil carian terkini Hangat.com pula mendapati akaun yang didaftarkan atas pengiat media sosial ini mendapati sudah pun tiada dalam Instagram dipercayai sudah dipadam (nyah-aktif).

Faiz Mohon Hentikan Kecaman

Malah, sebuah akaun baru yang didaftarkan atas nama AgeOfFaizRoslan telah pun diwujudkan dan beberapa pengakuan Faiz mengenai akaun terdahulunya turut dimuat naik menerusi akaun tersebut. Tambah Faiz, dia turut memohon netizen untuk hentikan kecaman ke atasnya dan akaunnya yang terbaru ini hanya akan menerima ulasan video perniagaan sahaja (review).

BACA  Safiey Illias Bimbang Faiz Roslan Akan Bunuh Diri

Kami tidak pasti adakah akaun tersebut dinyah aktif untuk sementara waktu ataupun selama-lamanya namun kami begitu mengharapkan agar Faiz terus beristiqamah dengan isu-isu sebelum ini.

like
love
1
haha
wow
sad
angry