Lagu ‘Lagi Syantik’ Milik Siti Badriah Tewaskan Ed Sheeran

Perdebatan mengenai pemilik sah sebutan ‘syantik’ antara Syahrini dan Siti Badriah, tak mempengaruhi muziknya sendiri. Buktinya, sehingga berita ini ditulis, lagu “Lagi Syantik” sudah ditonton sebanyak 231 juta kali di YouTube.

Bukan itu saja, lagu yang dilnyanyikan oleh Siti Badriah ini masuk dalam carta lagu muzik peringkat dunia. Ternyata “Lagi Syantik” berada di kedudukan ke-12 pada YouTube Music yang dikeluarkan oleh Billboard. Tentunya, ini merupakan sejarah bagi Siti Badriah.

Lebih membanggakan lagi, lagu “Lagi Syantik” telah mengalahkan artis antarabangsa. Antaranya lagu Despacito milik Luis Fonsi feat Justin Bieber yang kini berada di tangga ke 18.

Sedangkan Ed Sheeran pun harus akur kini berada di posisi ke-23 dengan “Perfect”. Sudah tentu, Siti Badriah berbangga lantaran lagunya boleh bersaing dengan ahli muzik dunia. Lebih hebat lagi, tak ada ahli muzik Indonesia lainnya yang masuk dalam YouTube Chart Billboard.

Sumber Billboard

 

2
like
0
love
0
haha
0
wow
1
sad
0
angry

Your Comments

Previous articleKemunculan Rahmania Astrini Dalam Single Terbarunya “It’s Amazing”
Next articleFazura Idamkan Zuriat Yang Sempurna Dan Kirim Doa Di Depan Kaabah?
Suka menulis untuk dikongsi bukannya dikecam.