Baru-baru ini Nur Fazura Sharifuddin atau lebih dikenali sebagai Fazura memuat naik gambar kertas kiriman doa yang berlatar belakangkan Kaabah di dalam Instagram beliau. Menurut Fazura, gambar tersebut dihantar oleh adik angkatnya iaitu Siti Nursyazwani Harun yang kini sedang berada di Tanah Suci menunaikan ibadah Umrah.

Namun apa yang menarik perhatian ramai adalah gambar kiriman doa terbebut ditulis sendiri oleh Fazura membuat dirinya terlebih sayu walaupun sering mengirimkan doa buat adik angkatnya itu.

Fazura juga meminta agar para peminat beliau agar sudi mengaminkan doa-doa tersebut sementara menantikan solat maghrib dan isyak. Berikut antara kiriman doa Fazura di Tanah Suci :

Semoga dikurniakan zuriat yang sempurna

Dikurniakan rezeki buat dirinya dan suami supaya dapat membantu keluarga dan orang yang memerlukan

Dilindungi dan dijauhkan dari fitnah serta hasad dengki manusia.

Walaupun ringkas tetapi kiriman doa ini sangat bermakna untuk Fazura. Hangat.com mendoakan agar segala impian, hajat yang dipinta dapat dimakbulkan dengan segera, in shaa Allah.

BACA  Fazura Dalam Senarai Top 100 Wanita Tercantik Di Dunia 2017

Sumber : IG Fazura

1
like
1
love
haha
wow
sad
angry

Komen Anda

Previous articleLagu ‘Lagi Syantik’ Milik Siti Badriah Tewaskan Ed Sheeran
Next articleIbu Puteri Balqis Berang Isu Kesihatan Anaknya Menjadi Isu Sensasi?
Konsert, Muzik, Filem dengan hidupku umpama "bila bunyi bersatu kau milikku!"