Berita kesihatan mengenai pelakon ciilik Puteri Balqis atau lebih dikenali sebagai Aqish yang mendapat perhatian umum minggu lepas membuatkan ibu kepada Aqish meluahkan ketidakpuashatian beliau melalui Instagram beliau.

Ibunya Norashikin Mohd Aziz yang berang apabila menerima mesej peribadi daripada rakannya yang menganggap kisah anaknya sakit itu menjadi berita sensasi. Menurut ibu Aqish, keadaan anaknya itu bukan sesuatu berita yang perlu dihangatkan atau disensasikan.

 “Bila orang DM/whatsapp kau: ‘babe, aku ada dengar berita sensasi ni, cerita panas anak kau sakit?’”

“Jawapan gua (saya): Anak sakit bukan berita hangat/cerita sensasi, syaitan. Gua (saya) bukan makcik bawang,” tulisnya.

Rata-rata pengikut di laman sosial meminta agar ibu Aqish bersabar dan mendoakan pelakon cilik berusia 11 tahun itu pulih dengan segera seperti sediakala. Sebelum ini, sekeping gambar yang dimuatnaik menerusi akaun Instagram milik Aqish bersama hashtag #fightcancer mengejutkan netizen serta peminat-peminat Aqish.

Ruang komen akaun Instagram Aqish yang menggunakan nama @rockingbalqis juga telah ditutup. Bagaimanapun kami di Hangat.com mendoakan yang terbaik buat pelakon berbakat besar ini. Semoga selamat menjalani segala rawatan serta diberikan kesembuhan kesihatan seperti sedia kala hendakNya.

Sumber : Mstar Online