Pelakon terkenal yang berasal dari Singapura, Aaron Aziz sangat teruja sekali apabila penampilan sulungnya dalam filem Tamil ‘Tik Tik Tik’ mendapat sambutan yang sungguh memberangsangkan serta hangat dari masyarakat India, bukan sahaja di dalam negara, bahkan juga di luar negara.

Untuk kali pertama muncul dalam filem Kollywood dengan melakonkan watak sampingan di sisi pelakon utama Jayam Ravi, Aaron menyifatkan sambutan hangat dari masyarakat India terhadap lakonannya dalam filem itu “seperti menang pilihan raya”.

“Saya terima banyak mesej daripada peminat yang memuji lakonan saya walaupun hanya memegang watak sampingan dalam filem itu,” katanya kepada Kosmo.

Aaro  berkata ini adalah kali pertama beliau mendapat sokongan yang begitu hangat daripada peminat bukan Melayu semenjak berkecimpung dalam dunia seni. Aaron melakonkan watak jahat dalam filem sains fiksyen ‘Tik Tik Tik’, bermaksud bunyi jam, yang berkisar tentang penjelajahan kapal angkasa pertama India. Dialognya diungkapkan dalam bahasa Inggeris.

BACA  Awas! 5 Pelakon Ini Mempunyai Seni Mempertahankan Diri

Bagi hero filem Ombak Rindu ini, pengalamannya berlakon dalam filem Kollywood meninggalkan banyak kenangan indah buat dirinya. Walaupun hanya pelakon sampingan, beliau dilayan seperti raja sepanjang tiga minggu berada di Chennai, India, untuk sesi penggambaran pada tahun lepas.

Ditanya mengenai kesediaannya menerima tawaran itu walaupun sekadar melakonkan watak sampingan, Aaron berkata beliau bukanlah mengejar glamor dan populariti, sebaliknya ingin mempelajari perkara baharu, tambahan pula berpeluang untuk bersama barisan pelakon dan pengarah terkenal.

Rata-rata netizen di media sosial khususnya di Instagram memuji lakonan Aaron dalam filem ‘Tik Tik Tik’ yang sedang ditayangkan di beberapa pawagam di seluruh dunia termasuk Malaysia, India, Australia dan United Kingdom.

BACA  Tahniah! Datuk Farid Kamil & Datuk Aaron Aziz Penerima Darjah

Hangat.com mengucapkan tahniah kepada Aaron dan berharap Aaron terus maju jaya dan jika ada tawaran di luar negara lagi, rebut peluang tersebut untuk menambahkan pengalaman serta dapat mengasah lagi mutu lakonan.

Sumber : Kosmo & IG Aaron Aziz

like
love
haha
wow
sad
angry

Komen Anda

Previous articleIbu Puteri Balqis Berang Isu Kesihatan Anaknya Menjadi Isu Sensasi?
Next articleAlif Satar Dedah Rahsia Awet Muda Bapa Saudaranya, Nassier Wahab
Konsert, Muzik, Filem dengan hidupku umpama "bila bunyi bersatu kau milikku!"