Baru-baru ini, penyanyi dan pelakon yang jelita Farahdhiya telah memuatnaik gambar beliau menghadiri majlis di Istana Negara. Namun salah satu gambar yang dimuatnaik Farahdhiya pada Selasa lalu itu telah mendapat perhatian ramai netizen.

Farahdhiya yang berpenampilan menggayakan baju kurung berwarna merah jambu itu ditegur tentang berat badan dan perut dikatakan ‘buncit’.

Bagaimanapun, penyanyi lagu ‘Bertakhta Di Hati’ ini menepis tuduhan itu dan menyifatkan ia hanyalah refleksi cahaya.

“Itu hanya kilauan dari baju bukan perut buncit ye, terima kasih” ujarnya membalas komen seorang individu. Dalam pada itu, Farah turut menegur tindakan segelintir netizen yang terlalu cepat menilai orang lain. Tambahnya, lebih baik berdiam daripada menulis perkara yang tidak baik dan berfaedah.

“Kesimpulannya jangan cepat sangat nak menilai orang lain. Kalau tiada benda yang elok dan berfaedah untuk diperkatakan elok la tak payah komen apa sahaja.

“Gunalah jari-jari itu untuk menyampaikan benda yang baik dan berfaedah,” kata Farahdhiya yang merupakan peserta Gegar Vaganza musim ke-2 (GV2)”, dipetik dari Mstar Online.

Dalam pada itu, Farah berkata, dia akan menyekat mana-mana akaun yang meninggalkan kata-kata negatif di laman sosialnya itu.

“Kadang-kadang orang akan cuba mendedahkan apa yang salah tentang kamu, walaupun mereka tidak dapat mencari apa salah itu dan mencipta sesuatu yang dikatakan salah.

“Jika ada kata-kata negatif yang anda tinggalkan di Instagram saya, saya akan terus block anda. Saya ada perkara lain yang lebih baik untuk dilakukan,” tuturnya lagi.

Dalam perkembangan lain, Farah telah tampil dengan single terbaru yang berjudul Pujangga dan ia telah dimuat naik di Youtube sejak dua bulan lepas, Katanya Lagi. Hangat.com berharap agar Farah tabah dengan cemuhan-cemuhan netizen yang negatif dan terus bergerak ke hadapan.

Sumber : IG Farahdhiya & Mstar Online

Artikel SebelumnyaAlif Satar Dedah Rahsia Awet Muda Bapa Saudaranya, Nassier Wahab
Artikel SeterusnyaKenapa Norman & Memey Memilih Nama Puteri Mereka – Mikayla Delisha?
Konsert, Muzik, Filem dengan hidupku umpama "bila bunyi bersatu kau milikku!"