Pasangan yang popular, Norman Hakim dan Memey Suhaiza telah menamakan anak perempuan mereka dengan nama Mikayla Delisha Hakim yang lahir pada 12 Julai lalu. Nama dan wajah anak ketiga hasil perkahwinan Norman dan Memey itu dikongsi menerusi laman Instagram.  

Norman menjelaskan, Mikayla bermaksud pemberian Allah manakala Delisha menggambarkan rasa gembira dan menyebarkan elemen positif.

Menerusi kapsyen di foto tersebut, Norman juga memberitahu setiap nama yang dipilih itu mempunyai maksud tersendiri.

“Assalammulaikum. Hi, salam Jumaat semua. Papa dan mummy dah bagi kita nama tau. Nama kita kan, dengan izin Allah, nama kita Mikayla Delisha Hakim.

“Papa, mummy cakap maksud nama kita tu, Mikayla: Pemberian Allah, Delisha: Gembira dan membuat orang lain gembira dan Hakim: Arif Bijaksana.

“Ingat nama kita dalam doa-doa atuk, nenek, makcik, akak abang semua (pengikut di laman sosial),” tulis Norman di Instagram.

Selain itu, Norman dan Memey juga telah membuka akaun laman sosial Mikayla yang bernama @mikayladelishahakim.

“Ikuti akaun Instagram kita yang mummy dan papa buatkan kat @mikayladelishahakim, okey. Terima kasih. Sayang semua,” katanya.

Memey selamat melahirkan anak perempuannya itu secara normal dengan berat 3.35 kilogram kira-kira pukul 12.52 petang Khamis. Rata-rata netizen gembira dan meluahkan perasaan syukur atas kehadiran ahli baharu keluarga selebriti itu.

Norman atau nama sebenarnya Mohamed Nurhakim Zaidon, 42, dan isterinya sudah mempunyai dua cahaya mata sebelum ini iaitu Muhammad Darwisz Hakim, 5, dan Muhammad Dikhriz Hakim, 3.

Menerusi perkahwinan terdahulu dengan aktres Abby Abadi, Norman memiliki tiga orang anak iaitu Mohamed Danish Hakim, 15, Marissa Dania Hakim, 13, dan Maria Danisha Hakim, 10.

Sumber : IG Norman Hakim & IG Mikayla

Artikel SebelumnyaFarahdhiya Akan Sekat Akaun Yang Tulis Kata Negatif Tentang Perut Buncitnya?
Artikel Seterusnya[VIDEO] Balkisyh Dikecam Netizen Gara-Gara Tendang Bekas Suami
Konsert, Muzik, Filem dengan hidupku umpama "bila bunyi bersatu kau milikku!"