Pada mulanya kami agak sedikit keberatan untuk membuat ulasan mengenai filem ini. Apatah lagi melihatkan pada tajuknya yang agak ‘cliche’ sudah pasti jalan ceritanya seperti London Has Fallen seumpamanya.

Dua Jam Yang Mendebarkan


Namun begitu, setelah melihat analisa filem ini di pawagam yang menduduki tangga teratas dan turut disyorkan dari mereka yang sudah menontonnya, akhirnya kami juga ‘terpengaruh’.

Jika anda fikir 5 minit pertama filem hanyalah sekadar pengenalan biasa, ternyata anda silap. Ini kerana saat mulanya filem Skyscraper yang menampilkan The Rock ataupun Dwayne Johnson sebagai pelakon utamanya, ianya sudah mendebarkan dengan aksi bintang ini sehingga ke penghujung filem!

Malah pujian juga harus diberikan pada Neve Campbell yang memegang watak sebagai Sarah Sawyer isteri kepada Dwayne (Will Sawyer). Bukan sekadar isteri, namun wataknya sebagai seorang pakar bedah pasukan tentera yang turut mempunyai ilmu mempertahankan diri turut ditonjolkan dalam beberapa adegan. Namun sayang ianya tidak dikembangan dengan lebih panjang.

Sinopsis Skyscraper


Menceritakan mengenai seorang bekas Ketua Pasukan Menyelamat Tebusan FBI dan veteran perang US, Will Sawyer yang kini menjadi penilai keselamatan untuk bangunan pencakar langit selepas cedera parah ketika operasi yang menyebabkan kakinya kudung.

Ketika tugasan di China, dia telah diperangkap atas kesalahan jenayah yang tidak dibuatnya kerana dianayai oleh rakan baiknnya sendiri. Dalam masa yang sama, bangunan pencakar langit yang didiaminya terbakar kerana kegiatan musuh. Kini dia perlu menyelamatkan diri, cuba membersihkan namanya dan menyelamatkan keluarganya yang terperangkap dalam bangunan paling tinggi di dunia itu.

REVIEW OVERVIEW
Wajib Tonton
Artikel Sebelumnya9 Gambar Kate Middleton Ketika Kecil Yang Sememangnya Comel!
Artikel Seterusnya“Tak Berniat Pun”- Syed Saddiq Jawab Tuduhan Sindir Hishammuddin
Khai Azfar
Writes to Express Not to Impress