Baru-baru ini, Hangat.com tertarik dengan cara pelakon Betty Rahmad memberi kejutan sudah hamil kepada suaminya yang tersayang, ahli keluarga dan kenalan rapat.

Umie Aida Menjerit Kegembiraan


Kejutan berita kehamilan ini turut dilakukan kepada dua orang kakak kesayangannya Erma Fatima dan Datin Seri Umie Aida. Umie ternyata terkejut dengan berita kehamilan Betty dan ‘menjerit kegembiraan’.

“Tgh serius we all bersiap utk gi terawih.. sekali @bettyrahmad bagi pic scan baby, terkejut beruk me !! Memang me terlebih excited .. ialah masa diorg selesai nikah terus me ckp.. cepat2 dapat anak. Alhamdulilah.. yeayy rezeki adikku ?kalau bole me nak jerit satu melawati masa tu. Rasa excited mcm me lak yg pregnant . Gembira sampai muka jadi merah. Maafkan jeritan terkejut me tu k. ? mohon doakan semoga adik me & kandungan sihat walafiat dan selamat melahirkan anak . Aamiin…”

Erma Fatima Seronok Kerana Tak Pernah Rasa Hamil


Erma berkata, ini merupakan satu kejutan yang betul-betul mengembirakan mereka sekeluarga memandangkan Erma belum berpeluang merasai  keseronokan  jadi ibu hamil seperti ini maka dia tumpang bahagia yang amat sangat.

“Rupa-rupanya nilah surprised yg betul2 mengembirakan kami..maklumlah..aku tk pernah rasa keseronokan pregnant mcm ni jd ku tumpang bahagia yg amat sgt. Semuga Allah memelihara kandungan adik ku dan selamat melahirkan anak yg comei muka mcm ku…☺☺☺☺ and ku nak baby girl plzzzz.. “- katanya

Seronok betul mereka dengan perkhabaran ini kan? Apa-apa pun, kami di hangat.com berdoa semoga segalanya berjalan lancar sehingga hari kelahiran kelak. Tak sabar nak menatap wajah anak pasangan Betty dan Ardy Damis ni.

Artikel Sebelumnya‘Tuhan Uji Saya’- Siti Sarah Kongsi Penderitaan Selepas Bersalin
Artikel SeterusnyaChef Wan Kesal & Bengang Lihat Anak Najib di World Cup
Gosip Selebriti sememangnya sudah menjadi sebahagian dalam hidup saya. Tak hairanlah jika selebriti hubungi saya untuk reka cerita gosip. Cerita sahih lebih diutamakan.