Sebelum ini kecoh apabila Ketua Wanita Umno Bahagian Jasin, Datuk Zaleha Bujang, sanggup memberi sumbangan gelang emas demi untuk membantu membebaskan bekas perdana menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak.

Difahamkan, Tabung Solidariti Bebaskan Najib yang diwujudkan oleh Pemuda Umno Wilayah Persekutuan. Namun pada yang sama anak Najib, Datuk Nazifuddin Najib  dilihat hadir ke stadium menonton Piala Dunia 2018 di Moscow sekaligus menarik perhatian netizen.

Hal ini turut disedari oleh Chef Wan atau nama sebenarnya Datuk Redzuawan Ismail menerusi kenyataannya di Instagram milik akaunnya.

“Dalam tak ada duit dan macam alasan lagi, lihat siapa yang berada Piala Dunia tu?
Ada dengar sampai sanggup gadai barang kemas untuk membantu bekas Perdana Menteri kita. Kenapa tak jual rumah mereka terus dan tambahkan lagi.”

Dalam kenyataannya yang lain, Chef Wan tidak berpuas hati dengan tuduhan bahawa rakyat tak setia pada UMNO malah dikatakan belot.

“Dah la itu boleh lagi marah rakyat tak setia pada Umno dan belot sebagainya. Sejak bila kita janji pemerintah ni semua yang mereka ini bila kerkuasa sign mati merintah negara ini pulak?”

Chef Wan berpendapat dalam negara demokratik suara rakyat penting bagi pemimpin mengetahui kehendak mereka. Oleh itu kebebasan bersuara menjadi satu dari hak utama dalam demokrasi.

“Hak memilih always jatuh pada rakyat itu sendiri di dalam negara yg ber democracy?
Naturally not all of is termakan budi sampai kan politicians abused their position we still need to close one eye and lived in denial.”

Chef Wan berharap untuk Pilihanraya pada 5 tahun akan datang, jika ada pemimpin yang tak mampu menggalas tanggungjawab dengab baik, seharusnya undur diri.

“Untuk pilihanraya akan datang walaupun Pakatan ada Menteri yang tak boleh perform, mereka boleh undur diri! Saya tak peduli mana-mana parti pun dalam negara ini asalkan ada pemimpin yang jujur untuk apa bangsa pun. We are all Malaysian and have our constitutional rights pun. Today we have the new Malaysia.”

Sumber IG Chef Wan

Artikel Sebelumnya[VIDEO] ‘Tak Pernah Rasa Seronok Hamil’- Erma Fatima & Umie Aida Teruja
Artikel Seterusnya‘Saya Bukan Bodoh’- Fendy Bakry Jawab Tuduhan Buat Gimik
Suka menulis untuk dikongsi bukannya dikecam.