Susulan daripada isu hangat mengenai gimik dari Haqiem Rusli yang mendedahkan bahawa dia tidak jadi berhenti menyanyi kerana masalah depresi, ramai pula artis lain mendapat tempias.

Tuduhan Pura-Pura Sakit


Pelakon popular menerusi drama Mr Grey itu, Fendy Bakry menafikan tuduhan oleh sesetengah pihak mendakwa penyakit misteri dihidapi adalah gimik untuk menaikkan nama dalam industri seni.

“Saya kecewa dan terkilan kerana ada pihak mendakwa penyakit misteri dihidapi adalah gimik untuk menaikkan nama dalam industri seni. Terus terang, saya memang terlantar sakit selama tiga bulan kerana menderita penyakit misteri baru-baru ini,”

Menurut laporan dari Harian Metro, Fendy mengakui dia tidak ada musuh yang boleh dikaitkan dengan penyakit misteri yang dialaminya, namun dia percata semua itu sebagai ujian dari Tuhan.

“Sepanjang pengetahuan, saya tidak ada musuh dan percaya sakit misteri itu ujian paling berat dari Allah SWT sepanjang berkecimpung dalam bidang seni.

“Saya Bukan Bodoh”


Fendy menganggap tuduhan dia sengaja mereka-reka cerita tentang penyakitnya agak keterlaluan dan akui dia tidak perlukan publisiti murahan untuk menaikkan namanya.

“Saya bukan bodoh untuk buat gimik atau publisiti murahan dengan cerita pura-pura jatuh sakit untuk menaikkan nama. Sebagai artis baru, saya lebih selesa dikenali peminat kerana bakat yang dipertaruhkan,” katanya kepada Harian Metro.

Semakin Pulih


Mengenai perkembangan terbaru dirinya, dia kini sudah pulih sepenuhnya dan bersedia untuk kembali aktif dalam bidang seni. Fendy berkata, ini semua berkat doa dari peminat, pengurusan dan ahli keluarga yang tidak pernah putus berdoa untuk melihat dirinya kembali pulih.

Tambahnya lagi, dia sudah berhenti membuat rawatan alternatif tetapi masih membuat pemeriksaan susulan dengan doktor di Hospital Alor Setar.

Sumber Harian Metro

Artikel SebelumnyaChef Wan Kesal & Bengang Lihat Anak Najib di World Cup
Artikel SeterusnyaSiapa Ahli Politik Yang Ingin ‘Tiduri’ Zarina Anjoulie Dan Fathia Latiff?
Suka menulis untuk dikongsi bukannya dikecam.