Minggu ini kecoh memperkatakan mengenai sebuah video yang tular dimana menunjukkan Safiey Ilias telah menganjurkan sebuah majlis yang turut menjemput rakan-rakan serta anak-anak yatim. Namun begitu, majlis itu bertukar menjadi sebuah majlis kontroversi yang memperlihatkan pengacaranya melaga-lagakan payudara kepada tetamu sehingga menimbulkan amarah dari netizen.

Safiey Ilias Mohon Maaf Secara Terbuka


Sedar akan video tersebut menjadi bualan hangat di media sosial, menerusi Instagram nya usahawan itu memohon maaf secara terbuka dan berjanji tidak akan mengulangi sama sekali perbuatan mahupun insiden seumpama itu. Malah dia juga akan cuba menasihati semua rakan-rakannya untuk berubah ke arah kebaikan.

PU Amin Sokong Kempen Boikot Selebriti ‘Transgender’


Dalam perkembangan lain, Pencetus Ummah Amin atau lebih dikenali sebagai PU Amin telah menyatakan kebimbangannya dengan melihat gejala transgender semakin berleluasa sehingga menjatuhkan imej agama Islam dan sensitiviti kaum.

Malah menerusi Facebook nya, pendakwah itu turut menyatakan sokongannya dalam kempen memboikot selebriti transgender yang merujuk kepada Safiey Ilias dan Nur Sajat.

Tambahnya juga laporan telah dibuat pada mereka yang berkuasa dalam mencegah gejala seumpama ini dan segala tindakan dan semakan akan dibuat dalam masa terdekat ini.

Artikel SebelumnyaSiapa Ahli Politik Yang Ingin ‘Tiduri’ Zarina Anjoulie Dan Fathia Latiff?
Artikel SeterusnyaKerana Keaslian Punggung, Izara Aishah Buat Pengakuan
Khai Azfar
Writes to Express Not to Impress