Suatu ketika dahulu, sinetron Bawang Merah Bawang Putih dari Indonesa begitu popular di negara kita sehingga mencetuskan fenomena nya tersendiri. Jika dahulu kami sudah titipkan kisah mengenai si cilik Olivia yang kini sudah membesar menjadi remaja cantik, kali ini izinkan kami tunjukkan perkembangan terkini pelakon utama nya yang memegang watak Fendi, Dimaz Andrean.

Sinetron Bawang Merah Bawang Putih Naikkan Nama Dimaz


Nama Dimaz bukanlah asing dalam dunia hiburan di Indonesia. Bermula dengan dunia peragaaan seterusnya diangkat menjadi antara pelakon popular di sana. Selain sinetron ‘Dan’, antara sinetron yang menaikkan nama Dimaz sudah pastinya Bawang Merah Bawang Putih. Bukan sahaja di Indonesia, malah pelakon-pelakon sinetron ini pernah ‘turun’ ke Malaysia bagi bertemu peminat mereka.

Kini Berambut Panjang


14 tahun sudah berlalu, namun pelakon ini kekal diingati di kedua-dua negara. Jika sebelum ini, kita sudah terbiasa dengan penampilannya yang berambut pendek, kini dia tampil memberi kelainan! Kini pelakon itu lebih gemar membiarkan rambutnya panjang dan terurai.

Namun begitu menurut sumber, Dimaz sengaja memanjangkan rambutnya tuntutan wataknya dalam filem berjudul ‘El’ yang akan ditayangkan di negara itu tidak lama lagi.