Salman Khan disebut salah satu Aktor Paling Kaya di Dunia versi Forbes. Seperti biasa, Forbes mengeluarkan peringkat 100 selebriti dengan pendapatan tertinggi setiap tahun.

Di senarai 2018, aktor Bollywood Salman Khan berada di dalam senarai tersebut, dilaporkan oleh The Huffington Post. Sebuah laporan menyebutkan, pendapatan Salman Khan naik dua kali ganda dibandingkan sebelumnya.

Salman Khan dengan US$ 37.7 juta atau sekitar RM 152 juta berada di posisi ke-82. Hal itu sangat mengganggakan. Wajarnya Salman Khan di negara asalnya, India, masuk dalam senarai aktor dengan bayaran tertinggi.

Foto: Hindustan Times

Tidak dapat dinafikan, filem yang dibintangi Salman Khan selalu berjaya di pasaran. Tak hanya masuk dalam deretan Box Office, tapi juga mendapatkan keuntungan yang menakjubkan, salah satunya Tiger Zinda Hai.

Filem terbaru Salman Khan, Tiger Zinda Hai bahkan menjadi perbincangan Forbes sebagai filem yang berjaya. Pendapatan yang diraih Tiger Zinda Hai sangat mengagumkan iaitu 500 Crore atau sekitar RM 320 Juta.

Sumber The Huffington Post.

Artikel SebelumnyaGara-gara Video ‘Haa Tepuk’, Jaa Suzuran Kena Kecam Di Twitter
Artikel Seterusnya[GAMBAR] ‘Fendi’ Bawang Merah Bawang Putih Kini Imej Berbeza
Suka menulis untuk dikongsi bukannya dikecam.