Sebelum ini penyanyi antarabangsa, Taylor Swift telah memadam semua gambarnya di Instagram. Namun, ternyata ianya merupakan satu gimik sebelum melancarkan album terbarunya, Reputation.

Miley Padam Semua Gambar Di Instagram

Terkini, perkara yang sama juga terjadi pada Miley Cyrus apabila dia dilihat memadam kesemua gambarnya di Instagram beberapa hari lalu. Bukan sahaja gambar, malah ‘highlight’di akaunya turut dipadam menjadikan akaun penyanyi itu kosong tanpa sebarang posting. Tindakan Miley itu mula menjadi tanda tanya buat 76 juta pengikutnya di Instagram.

Bakal Muncul Dengan ‘Single’ Baru?

Seperti Taylor, ada yang menganggap itu merupakan gimik bahawa Miley bakal muncul dengan album baru. Malah sebuah hashtag #MileyIsComing turut diwujudkan peminatnya dengan mengandaikan sesuatu yang baru bakal diperlihatkan tidak lama lagi.

Meskipun begitu, ada yang tidak menolak ianya merupakan fasa baru Miley yang akan berkahwin dengan kekasihnya, Liam Hemsworth tidak lama lagi.

Atau jika tidak, mereka sudah berpisah? Apa kata anda? Adakah ianya sebuah gimik?

Artikel SebelumnyaLama Menghilang, Begini Kerjaya Terbaru Taufik Hidayat
Artikel SeterusnyaDibubarkan! Ini Adalah Program Baru Menggantikan FBI Live
Khai Azfar
Writes to Express Not to Impress