Nama Taufik Hidayat pasti sudah tidak asing lagi di telinga peminat sukan badminton di Malaysia. Selain Rashid Sidek dan Roslin Hashim, Taufik adalah legenda atlet badminton di Indonesia. Perjalanan karier Taufik untuk menjadi atlet badminton telah bermula sejak berusia 9 tahun.

Sepanjang kariernya, jejaka kelahiran Bandung pada tahun 1981 ini telah meraih puluhan gelaran juara. Mulai dari pingat emas di SEA Games 1999, pingat emas di Asian Games tahun 1998, 2002, 2006, hingga kejuaraan dunia 2005 di Anaheim, serta Olimpik 2004 di Athen. Berbagai-bagai prestasi yang telah diraihnya tersebut tentu menjadi perpisahan yang manis dirinya dari dunia badminton Indonesia.

Nampaknya beliau sudah gantung raketnya sejak 5 tahun lalu, Taufik ternyata tetap aktif dengan aktiviti lainnya. Sama seperti Datuk Lee Chong Wei yang mempunyai pusat kecergasan dinamakan Sports Arena, Taufik juga sibuk membina Taufik Hidayat Arena (THA), tempat latihan badminton yang dibangunnya di Ciracas, Jakarta Timur. Selain itu Taufik juga terjun ke dunia politik. Ini buktinya!

Kini Taufik Hidayat menyertai Parti Demokrat

Dia masuk dalam 575 senarai calon legislatif dari Parti Demokrat.

Penyertaan Taufik ke Parti Demokrat kerana dia merasa ‘terhutang budi’ kepada bekas presiden Indonesia , Susilo Bambang Yudhoyono.

Saat masih menjadi atlet, dia merasa Susilo Bambang Yudhoyono yang mana masih menjabat sebagai Presiden Rebuplik Indonesia memberi perhatian yang sangat baik kepada para atlet, termasuk dirinya.

Selain itu, Taufik sendiri mengaku bahawa dirinya mengenali rapat dengan Susilo Bambang Yudhoyono.

Sumber Brilio