Selepas tidak lagi berkhidmat di mana-mana stesen radio, Faizal Ismail telah mengendalikan sebuah program baru dimana menampilkan Faizal sendiri bersama sahabat baiknya, Fara Fauzana menerusi FBI Live.

FBI Live Dibubarkan

Terbaru satu pengumuman yang mengejutkan telah diumumkan Faizal dimana menurutnya rancangan yang dikendalikannya yang genap setahun hari ini telah pun dibubarkan. Pengumuman yang dibuat itu bukan sahaja mengejutkan ramai peminat malah menimbulkan tanda tanya dikalangan rakan-rakan yang menyokongnya selama ini. Terdahulu, antara selebriti dan tokoh kenamaan yang pernah dijemput sebagai tetamu undangan FBI Live adalah YB Nurul Izzah, Ernie Zakri, Syamel, Upiak dan ramai lagi.

Bakal Diganti Dengan Dbilique

Namun begitu ‘pembubaran’ tersebut bukanlah bermaksud selamanya. Ini kerana FBI Live bakal diganti dengan sebuah program baru yang dikenali sebagai Dbilique.

Bukan sahaja menampilkan Faizal dan Fara, program terbaru ini akan turut dihiasi dengan 3 pengacara baru iaitu personaliti media sosial, Faiz Dickie, penulis dan penceramah Ustaz Aiz serta Faiz Haiqal, bakat baru yang dicungkil oleh Fara dan Faizal.

Kesemua mereka bakal mempunyai slot tersendiri dan akan bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat pada jam 4 petang dan 9 malam. Tahniah diucapkan buat Dbilique!