Serius Hot! Itulah yang perkataan terkeluar dalam fikiran kami bila melihat gambar selebriti ini yang berbadan sado. Bermula dengan kerjaya sebagai jurulatih dan penasihat kecergasan, wajah Nana Al Haleq kini semakin mendapat tempat di kaca televisyen tempatan.Terbaru dia diberikan kepercayaan untuk menggalas tanggungjawab sebagai pengacara mengendalikan program siaran NTV7.

Baru-baru ini Nana memuat naik gambar yang ternyata sangat memukau. Namun, yang jadi perhatian adalah Nana berposing mempamerkan tubuh seksinya dan abs killer yang ada di perutnya.

Disebabkan foto itu juga, Nana menjadi perbualan hangat netizen yang terkejut dan terpegun dengan tubuh kekar wanita tinggi lampai itu.

Terlibat Dalam Rancangan WHO RUNS THE WORLD WITH MONG CHIN


Mengenai perkembangan terbaru, Nana akan melibatkan diri dalam sebuah rancangan  berjudul WHO RUNS THE WORLD WITH MONG CHIN di saluran A+E Networks iaitu LIFETIME Asia.

Ia merupakan suatu rancangan enam bahagian yang berkonsepkan digital pada 23 Julai 2018. Siri ini dihoskan oleh personaliti media sosial Singapura yang terkenal, Yeoh Mong Chin.

Siri yang dinantikan ini membawanya mengembara ke enam buah negara di Asia Tenggara dalam masa lapan minggu: Singapura, Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina dan Vietnam. Penerbitan rancangan ini menandakan kerjasama terbaharu antara LIFETIME Asia dan Canon.

Mong Chin atau lebih dikenali sebagai ‘Mongabong’ di kalangan pengikut Instagramnya mula mencipta nama menerusi minatnya dalam fesyen, kecantikan, pelancongan dan makanan.

Kariernya bermula 5 tahun lepas dan sehingga kini, beliau telah mengumpul sebanyak 147,000 pengikut di Instagram. Kemunculannya dalam rancangan bersiri ini merupakan pengenalan pertamanya di kaca TV dan mencatat kejayaan baharu dalam kariernya.

Mong Chin akan mengembara ke seluruh Asia Tenggara untuk mencari lokasi-lokasi unik yang jarang dikunjungi pelancong. Beliau yang baru mengenali dunia marathon akan dibantu oleh beberapa individu yang mempunyai minat yang sama dalam larian, muzik, makanan, fesyen dan banyak lagi.

Nana Melatih Mong Chin


Mong Chin bersama pelari-pelari dari seluruh dunia akan menyertai acara larian terkemuka di bandar ini iaitu Standard Chartered Kuala Lumpur Marathon. Sebelum itu, Mong Chin perlu memastikan tahap kecergasannya berada pada tahap memuaskan. Bagi membantu persediaannya, beliau akan dilatih oleh Nana. Selain itu Mong Chin juga bertemu dengan artis batik, Lazim Ismail dan Nadia Hasbi untuk mereka seluar sukan bercorak batik. Seorang penggemar kopi, Mong Chin tidak melepaskan peluang untuk mempelajari seni membuat latte di Juan Valdez, kafe yang terkenal dengan kopi berkualiti.

Tontonilah WHO RUNS THE WORLD WITH MONG CHIN unuk mengenali lebih lanjut tentang budaya Asia Tenggara dan lihat Mong Chin beraksi pada 23 Julai, setiap hari Isnin, 9.30malam di LIFETIME Asia (Saluran Astro 709).

Artikel SebelumnyaDibubarkan! Ini Adalah Program Baru Menggantikan FBI Live
Artikel SeterusnyaMeghan Markle & Kate Middleton Kini Dikhabarkan Mengandung!
Gosip Selebriti sememangnya sudah menjadi sebahagian dalam hidup saya. Tak hairanlah jika selebriti hubungi saya untuk reka cerita gosip. Cerita sahih lebih diutamakan.