Instagram baru sahaja memperkenalkan satu lagi fungsi baru dimana pengguna boleh bertanyakan soalan menerusi akaun mereka. Justeru itu, ramai pengguna mengambil kesempatan untuk menggunakan fungsi tersebut termasuk usahawan, Datuk Seri Aliff Syukri.

Netizen Tanya Mengenai Perkahwinan Kedua


Antara salah satu soalan yang menarik telah ditanya oleh netizen buat Aliff adalah mengenai keinginannya untuk berkahwin lagi. Membalas dengan nada gurauan, usahawan itu menjawab dia selalu memikirkan soal untuk berkahwin kali kedua namun masih tertanya adakah wanita tersebut akan berkahwin dengannya kerana harta yang dimiliki ataupun kerana nilai cintanya.

Shahida Perli, Bonda Rozita Larang Alif Kahwin Kali kedua


Melihatkan pada soalan yang diutarakan pada suaminya, Datin Seri Shahida sempat memerli Alif dengan memuat naik soalan tersebut di Instagramnya. Malah tidak cukup dengan itu, ibu Aliff iaitu Rozita Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Bonda Rozita melarang anaknya itu untuk berkahwin kali kedua.

Tambah Rozita, isu tersebut merupakan sesuatu yang sensitif kerana sudah pasti kasih suami, isteri mana yang mahu berkongsi bukan? Tidur luarlah jawabnya Datuk!

Artikel SebelumnyaMeghan Markle & Kate Middleton Kini Dikhabarkan Mengandung!
Artikel SeterusnyaViu Umumkan Kerjasama Dengan Media Prima
Khai Azfar
Writes to Express Not to Impress