Terpanggil mengenai isu penyelewangan wang dikalangan ahli politik, Chef Wan meluahkan rasa kesalnya terhadap dakwaan parti-parti Barisan Nasional, termasuk bekas parti komponen, menerima sejumlah RM470 juta dari akaun bekas perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak melalui 102 transaksi, antara April 2012 dan Ogos 2013 yang didakwa diseleweng dari dana 1MDB.

Melalui hantaran di Instagram miliknya, Chef Wan mempersoalkan perjuangan Umno selama ini yang sebenarnya menggunakan nama Melayu dan Islam. Beliau juga menyelar tindakan membuang masa pelakon dan pengarah filem terkenal, Ellie Suriati Omar, yang tampil penuh emosi menjerit-jerit di perkarangan Mahkamah Kuala Lumpur semasa berhimpun memberi sokongan kepada Najib.

“Sudah mencekik terlebih dedak patut la masing-masing bukan main memperjuang kan hak-hak orang Melayu dan Islam tu semua. Si Elli (Elly Suriati) tu should just shut her mouth daripada buang masa menyalak sana sini mcm anjing tu apa hal?”

Keluhan ini datangnya dari laporan Malaysiakini, di mana Umno antara parti yang dsebut dalam penyelewengan ini selain MCA, MIC, Gerakan dan SUPP. Chef Wan berkata, tindakan mereka ini sangat memalukan dan sepatutnya ada rasa sedar diri.

“Cuma kerana tak sokong perjuangan mereka and believed in equality to all races in this country does not mean kami ni semua a lesser Melayu or a bad Muslim. These is not a war about the Malay and Islam. Nama Islam perangai masing-masing macam musibat yang memalu kan Islam itu yg mereka patut sedar kan diri masing2.

“Jika tercekik dedak banyak mana pun dan rasa diri tu terhutang budi pada Umno pun paling tidak celek lah biji mata itu sampai perkara yg betul pun tak nampak boleh di kata kan kita pulak yang fitnah?”

Berani Bersuara Kerana Pengalaman


“Secara jujurnya saya berani bersuara begini kerana sekian lama saya bergaul dgn macam-macam manusia yang sangat berpengaruh di negara ini. Daripada kerabat-kerabat di Raja, Menteri-menteri, ahli-ahli politik sampailah ketua-ketua korporat di negara ini dari pelbagai kaum sampai lah duta-duta dan Diplomat dalam negara ini”

Chef Wan menerusi akaun Instagramnya berkata kebanyakkan mereka ini terdiri daripada orang yang berpelajaran dan mereka tahu apa yang terjadi pada negara namun tak mampu untuk bersuara kerana takut pada orang atasan dan bimbang kedudukan akan tergugat

“Mereka-mereka ini orang cerdik-cerdik pandai bukan setakat artis melaung tepi jalan menyalak macam anjing tak kesudahan. Orang-orang ini bercakap di kalangan mereka selama ini  mengetahui apa yang berlaku di negara ini.

Chef Wan mendedahkan bahawa salah seorang menteri yang tidak dinyatakan namanya pernah mengakui hal ini di hadapannya dengan berkata..

“Kita di BN (Barisan Nasional) pun sesama menteri semua tahu ini berlaku Chef Wan..at least 70 percent are also taking about this kebenaran. Tapi tu la not all of us berani dan bersuara as masing-masing jadi pak turut kerana takut org atas! We also need to jaga our position dan mulut as he put us there. Tak betul kena terajang pulak!”

Bukan Sebar Fitnah


Chef Wan menegaskan bahawa hal ini merupakan cerita benar dan bukannya menyebar fitnah.

“Ini cerita benar..saya tak perlu buang masa saya menyebar fitnah pun. So when u are in power u can manupulate and decieve people easily pun. Cash is King!”

“What more orang Melayu kita yang bab duit dan jasa-jasa ini sangat lah lemah. So the rest its history. Only manusia yang jujur will understand what i am taking about.”

Harus Kembalikan Semula Wang- Lim Kit Siang


Dalam perkembangan yang lain, tokoh veteran DAP Lim Kit Siang memohon Parti komponen Barisan Nasional (BN) seperti UMNO, MCA, MIC, Gerakan dan SUPP memulangkan semula sejumlah RM470 juta yang diterima daripada dana 1MDB tersebut.

BACA  Terkena Sumpahan Siput Babi? Aksi Chef Wan Dalam Video Ini Melucukan

Sumber IG Chef Wan

Artikel Sebelumnya‘Berderau Darah Aku’- Syamsul Yusof Terkejut Baca Kenyataan Ahli Politik
Artikel SeterusnyaGimik? Zayn Malik Kini Tampil Dengan Rambut Berwarna Biru
Gosip Selebriti sememangnya sudah menjadi sebahagian dalam hidup saya. Tak hairanlah jika selebriti hubungi saya untuk reka cerita gosip. Cerita sahih lebih diutamakan.