Perkongsian selebriti Fynn Jamal mengenai suaminya yang jatuh sakit ternyata mengundang pelbagai persoalan daripada para peminat mengenai statusnya yang terkini.

Terlalu ‘Berat’ Untuk Beritahu Penyakit Suami

Semuanya tercetus apabila Fynn meminta semua peminatnya mendoakan agar diberi kesembuhan kepada suaminya, Hazrilfitri Hadzir yang sedang sakit.

View this post on Instagram

can you just be kind and compassionate, my darling strangers..? . aku cuma minta kefahaman dan masa. . tidak cukup ditanya di ruang komen, some of you harass my friends and families to know what is up. . tak ada makna. kami semua tak ada jawapannya. . please be kind. . makluman ttg suami tak sihat itu perlu. in case ada hutang, ada masalah, ada isu. takut org fikir kerja tertangguh adalah sengaja. maka pemberitahuan perlu ada. . tapi tidakkah cukup sekadar itu? . pastinya ada sebab sahih kenapa masih tidak ditulis diagnose sebenar. antaranya; kami sendiri masih dalam keliru dan samar2. . kalaulah mudah, dah lama aku kabarkan. kan..? kalau patah, bilang patah. kalau demam, bilang demam. . kan? . maafkan aku utk tulisan2 berat dua tiga hari ini. di sini sahajalah ruang aku ada utk bercakap tentangnya. beri aku dua tiga hari lagi. insyaAllah apabila perasaan aku kembali tenang— aku cuba semula berjenaka. . doakan suamiku hazrilfitri hadzir kesembuhan. semoga dia jadi seperti sediakala. aku wallahi merindui senyumnya. . wallahi. wallahi. wallahi. . ya الله, takkan aku minta kau ambil semua ujian ini— aku yakin kau tau aku cukup mampu. tapi sesungguhnya aku harapkan jadilah sekadar kau izinkan aku kesabaran yg setara dgn dugaanmu. . apa yg aku fikir terbaik tak semestinya terbaik utk aku. berilah apa yang terbaik. aku tahu kau tau.

A post shared by فصبر جميل (@fynnjamal) on

Menurut Fynn atau nama sebenarnya Affina Yanti Jamalludin menjelaskan ‘terlalu berat’ untuk dia berkongsi penyakit suaminya itu dan meminta agar diberikan ruang dan masa.

Mohon Doa Untuk Suami

Dalam beberapa ‘posting’ lain, boleh dikatakan hampir setiap hari Fynn memohon doa untuk suaminya malah dalam masa yang sama dia turut memohon maaf kepada pengikutnya sekiranya statusnya di Instagram lebih merujuk kepada suaminya. Apa pun, sama-sama kita doakan yang terbaik untuk Fynn sekeluarga!

Artikel SebelumnyaGimik? Zayn Malik Kini Tampil Dengan Rambut Berwarna Biru
Artikel SeterusnyaMenarik Atau Pelik? Sut Syed Saddiq Di Parlimen Curi Perhatian
Khai Azfar
Writes to Express Not to Impress