Lazimnya kita akan melihat pakaian ahli parlimen ketika mereka bersidang adalah sesuatu yang formal dan pakaian mereka kebanyakkannya terdiri daripada persalinan sut hitam mahupun berwarna biru gelap.

Sut Syed Saddiq Jadi Perhatian

Namun begitu, sejak tampuk kerajaan dipimpin oleh Pakatan Harapan, pelbagai perubahan dapat dilihat dan kebanyakannya menjurus kepada elemen yang menceriakan. Malah ketika sidang parlimen dilangsungkan buat kali pertama baru-baru ini, Menteri Belia dan Sukan, Yang Berhormat Syed Saddiq menarik perhatian ramai dengan sut yang digayakannya.

Memakai sut beige dan kemeja berwarna merah hati, ternyata persalinan tersebut kelihatan lain dari yang lain apatah lagi tali leher yang dipakainya adalah daripada Royal Malaysia College (RMC), sebagai tanda berbangga dengan tempat beliau menuntut ilmu suatu ketika dahulu.

Pakar Imej Anggap Pakaian Saddiq Tidak Sesuai

Barangkali imej malar tersebut begitu bersesuaian dengan umur serta ‘anak muda’ yang ingin disampaikannya. Namun begitu, pakaian tersebut turut dikritik hebat oleh netizen termasuk beberapa pakar imej terkenal.

Menyifatkannya tidak sesuai dan tidak kelihatan formal, guru imej yang dikenali sebagai Mary Anni tampil membuat ulasan dan analisa mengenai pakaian Saddiq.

Namun begitu, Mary pada akhir analisa nya memberitahu bukanlah niatnya untuk menjatuhkan imej Saddiq, sebaliknya sekadar berkongsi pengalaman dan tips untuk mereka diluar sana mengambil contoh cara berpakaian yang betul dan mengikut aturan.

Artikel SebelumnyaFynn Jamal Mohon Doa Untuk Kesembuhan Suami
Artikel SeterusnyaRizman Ruzaini Dedah Rahsia Siti Nurhaliza & Rozita Che Wan
Khai Azfar
Writes to Express Not to Impress