Sejak diperkenalkan fungsi soalan di Instagram, pelbagai pendedahan turut dimuatnaik pelbagai selebriti terkenal. Ini termasuklah pereka fesyen terkenal, Rizman Ruzaini yang membenarkan pengikut mereka bertanyakan apa sahaja soalan di Instagram dan mereka akan cuba menjawabnya sejujur yang mungkin .

Baju Pertama Rizman Ruzaini Dipakai Oleh Siti Nurhaliza


Lebih manis, mereka turut mengimbau kembali kenangan dimana baju pertama rekaan mereka adalah untuk penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza. Meskipun tidak ingat apakah baju pertama mereka, namun masih segar diingatan bahawa baju pertama yang direka adalah untuk Siti menghadiri satu acara.

Rozita Che Wan Selebriti Pertama Gayakan Jenama Rizman Ruzaini


Ketika ramai yang tertanya siapakah selebriti pertama yang menggayakan jenama mereka, pereka terkenal ini menjawab Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta adalah di antara yang pertama.

Meskipun sudah 13 tahun berlalu, mereka menjawab bentuk badan serta ukuran baju pelakon itu masih kekal ideal sehingga ke hari ini kelihatan begitu sempurna. Pasti ramai yang cemburu dengan rahsia Che Ta bukan? Masih cantik dan langsing sehingga ke hari ini!

Artikel SebelumnyaMenarik Atau Pelik? Sut Syed Saddiq Di Parlimen Curi Perhatian
Artikel SeterusnyaIni 5 Fakta Mengenai Faiz Dickie Yang Ramai Tidak Tahu
Khai Azfar
Writes to Express Not to Impress