Baru-baru ini pengacara terkenal, Faizal Ismail telah mengumumkan bahawa rancangannya, FBI Live telah pun dibubarkan. Namun begitu, rancangan tersebut akan digantikan dengan sesuatu yang baru iaitu DBilique.

Faiz Dickie Pengacara Baru DBilique

Masih lagi mengekalkan Faizal dan Fara Fauzana sebagai pengacaranya, akan tetapi pembaharuan kali ini akan turut menampilkan lagi tiga pengacara baru termasuklah selebriti media sosial terkenal, Faiz Dickie. Di sebalik perwatakannya yang pelbagai, ramai tidak tahu siapakah Faiz disebalik watak-watak seperti Nurse Puaka dan Kak Leha Bunting. Hangat.com berjaya mendekati sisi dekat Faiz Dickie atau nama sebenarnya Mohd Nasrul Faiz.

5 Fakta Mengenai Faiz Dickie

1Watak Kak Leha Inspirasi Arwah Ibu

Ramai yang terhibur dengan watak Kak Leha yang dibawa oleh Faiz. Menunjukkan peribadi seorang ibu yang kuat berceloteh mengenai ragam anak-anaknya, tahukah anda watak tersebut sebenarnya diinspirasikan daripada arwah ibunya. Meskipun kelihatan agak ‘bingit’ dengan keletah yang dibawa, namun dalam perwatakan tersebut sebenarnya mempunyai mesej yang tersendiri.

2Selebriti Media Sosial Pertama Yang Mempunyai Rancangan Sendiri

Dengan menjadi pengacara D’Bilique, ianya sekali gus menjadikan Faiz sebagai selebriti media sosial yang pertama mempunyai rancangan serta slotnya tersendiri. Malah bagi Faiz jika sebelum ini dia lebih dikenali di Instagram, kali ini dia ingin cuba ‘menambat’ hati peminat di Facebook pula menerusi slot Biasa Luar Biasa dan Tanya Kak Leha yang bersiaran setiap Isnin jam 9 malam.

3Anjurkan Karnival Untuk Peminat

Tampil memberi kelainan, Faiz bersama peminatnya yang dikenali sebagai #VillagePeople telah membuat satu pendekatan tidak lama dahulu. Dimana sekitar tahun 2015, mereka telah menganjurkan sebuah karnival yang dikenali sebagai BazaarLepak di Shah Alam. Hampir 7000 ribu orang telah berkunjung ke karnival tersebut yang turut menampilkan jualan dari selebriti terkenal serta pelbagai acara permainanan yang menggamit kembali nostalgia lalu.

4Terbitkan Buku Sendiri

Percaya atau tidak, Faiz juga pernah menerbitkan bukunya sendiri berjudul Village People. Malah pada karnival tersebut, personaliti media sosial ini turut melancarkan bukunya ini sekaligus sekali lagi menjadi personaliti media sosial yang mempunyai buku sendiri. Khabarnya dia akan menerbitkan buku keduanya tidak lama lagi. Nantikan!

5Anugerah Personaliti Berita Harian Dan Kehidupan Sebagai Pensyarah

Penangan popularitinya itu telah menobatkan dirinya dipilih peminat sebagai Anugerah Personaliti Paling Popular Berita Harian pada 2014. Meskipun sudah 4 tahun berlalu, namanya juga sebaris dengan selebriti popular lain.

Malah ramai juga yang tidak tahu bahawa Faiz sebenarnya adalah salah seorang pensyarah di institut pengajian tempatan swasta. Barang kali dia adalah pensyarah paling popular buat masa ini bukan?

Artikel SebelumnyaRizman Ruzaini Dedah Rahsia Siti Nurhaliza & Rozita Che Wan
Artikel SeterusnyaPengarah Sahkan Drama ‘Nur’ Akan Disambung!
Khai Azfar
Writes to Express Not to Impress