Semalam, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengumumkan bahawa bermula pada tahun hadapan pelajar-pelajar sekolah tidak akan lagi memakai kasut berwarna putih setelah mengambil kisah pelbagai cadangan daripada ibubapa.

Farouk Hussain Persoalkan Tindakan Kementerian


Meskipun pembaharuan itu disambut baik oleh kebanyakan netizen, namun segelintir daripada mereka turut mempersoalkan tindakan daripada pihak kementerian.

Ini termasuklah daripada pelakon, Farouk Hussain yang memberikan pandangannya mengenai pemakaian kasut sekolah daripada warna putih kepada hitam.

Farouk Anggap Bukan Keutamaan Dalam Sistem Pendidikan

Tambahnya juga, dia turut menganggap keputusan tersebut bukanlah satu keutamaan dalam sistem pendidikan sebaliknya hanya menjurus kepada keinginan ibu bapa. Baginya, dengan mengekalkan pemakaian kasut putih, ianya akan lebih mendisiplinkan anak-anak dan turut mengajar mereka akan erti kebersihan. Bagi kami ada baik buruknya keputusan ini dibuat. Namun yang pasti ianya akan memudahkan lagi buat para pelajar dan juga ibu bapa bukan?

BACA  [GAMBAR] Netizen Dedah Perbualan Lucah Chef Selebriti & Personaliti TV