Kim Kardashian boleh dianggap sebagai ahli perniagaan yang berjaya. Selama hampir dua tahun, KKW Beauty yang merupakan jenama miliknya, meraih banyak penghargaan. Bahkan, produknya selalu laris hanya dalam beberapa jam.

Foto: IG Kim Kardashian

Bintang realiti berusia 37 tahun ini baru sahaja menjana wang sehingga US$ 5 juta atau dalam sekitar RM19 Juta dalam waktu lima minit. Kim Kardashian baru sahaja merilis parfum terbarunya pada Selasa lalu. Menurut TMZ, produknya habis dalam sekelip mata.

Bukan hal baru bagi Kim memperoleh wang berjumlah banyak begitu. Namun yang luar biasa kali ini adalah Kim tak mengeluarkan wang promosi untuk memasarkan produknya. Dengan kekuatan media sosial, dia boleh menjual habis semua parfumnya dalam waktu lima minit.

Kim Kardashian juga memanfaatkan jumlah pengikutnya untuk memasarkan parfum terbarunya.Β Salah satunya Drew Barrymore yang mendapatkan parfum bertema emoji ini sebelum rasmi dirilis.

BACA  Rashidi Ishak Akhirnya Mengaku Sudah Bercerai Dengan Vanidah Imran

Harga parfum yang dijual Kim ini berharga US$ 45 per botol atau sekitar RM182. Penjualannya ini dilakukan melalui sistem dalam talian. Dengan menjual cara ini, Kim juga menggunakan kos untuk produksi namun dia langsung tak mengeluarkan dana iklan dan tidak membuka butik khas.

Sumber TMZ