Semalam, dunia hiburan digemparkan dengan berita dimana seorang penerbit sudah berkahwin dengan oleh seorang pelakon baru yang jauh lebih muda daripadanya.

Mempunyai pengalaman bersuamikan lelaki muda sebelum ini, pelakon Rita Rudaini berpendapat jarak usia bukanlah penentu untuk rumah tangga yang bahagia. Apa yang penting, lelaki itu haruslah mempunyai sikap yang matang serta bertanggungjawab. Bukan berkahwin untuk seronok sahaja.

“Tidak salah pun berkahwin dengan lelaki muda, asalkan si lelaki matang dan tahu erti perkahwinan itu apa. Bukan kahwin nak seronok, sebab tengok orang lain kahwin, demi kepentingan peribadi atau sebab keluarga suruh. Apa yang penting, pemikiran lelaki perlu bijak dalam mengatur kehidupan keluarga iaitu menjalankan tanggungjawab sebagai seorang lelaki dan suami.

“Tidak semestinya lelaki muda tak boleh berkahwin. Ada juga lelaki berusia yang belum tentu matang pemikiran dalam hidup. Semua orang silap apabila beranggapan berkahwin dengan orang muda mesti tidak bahagia. Kahwin dengan orang berduit juga mesti bercerai. Semua ini bergantung atas diri masing-masing.

“Kebahagiaan ini datang dari pelbagai cara. Jika harmoni rumah tangga maka bahagia lah. Kalau nak keduanya, cari pasangan yang bijak dan matang berfikir dan sanggup menempuh ombak badai rumah tangga”, kata Rita kepada Metro Harian

Adakah ini bermakna masih ada lagi lelaki muda diluar sana yang mampu memikat hati Rita? Kalau ada yang sudi pastikan anda ada ciri-ciri seperti yang Rita katakan diatas dan dapat menerima dirinya dan anak-anak seadanya.

Hangat.com mendoakan agar Rita dapat mencari pengganti dengan secepat yang mungkin dan semoga hidup lebih bahagia disamping keluarga yang tersayang.

Sumber : Metro Harian

Artikel SebelumnyaAriff Aziz Nafi Nikah A. Aida Kerana Kemewahan & Wang Ringgit?
Artikel Seterusnya[VIDEO] Aliff Syukri Beli Kereta Baru Untuk Yusoff Al-Qardawi?
Konsert, Muzik, Filem dengan hidupku umpama "bila bunyi bersatu kau milikku!"