Rasanya ini bukanlah kali pertama usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri membeli kereta baharu untuk kegunaan diri dan keluarganya. Malah sejak tahun lepas, beberapa buah kereta telah dibeli Aliff termasuklah kereta berjenama mewah.

Beli Kereta Baru Untuk Yusoff Al-Qardawi?


Terbaru, menerusi Instagram nya, Aliff telah memuat naik sebuah video menunjukkan dia telah membeli sebuah lagi kereta baru berjenama mewah berwarna putih. Hangat.com difahamkan kereta tersebut dibeli Aliff bersempena dengan kelahiran anak keempatnya, Yusoff Al-Qardawi.

Shahida Anggap Kereta Baru Untuk Semua Anak-Anak


Meskipun usahawan itu membeli kereta tersebut untuk Yusoff, namun isterinya, Datin Seri Shahida menolak anggapan Aliff dan memberitahu bahawa kereta itu adalah untuk kegunaan semua anak-anaknya termasuk dua orang anak angkatnya, Ameena dan Qayyum. Sebelum ini, Shahida pernah dikecam netizen apabila terdapat dakwaan mengatakan dia telah memilih kasih antara anak kandung dan anak angkatnya.

Meskipun begitu, Shahida menepis dakwaan berkenaan dan memberitahu dia melayan kesemua anak-anaknya sama adil dan penuh dengan kasih sayang. Kami begitu senang dengan sikap Datin Seri Shahida yang sentiasa merendah diri. Sama-sama kita doakan keluarga ini dimurahkan rezeki sentiasa.

Artikel SebelumnyaRita Rudaini Masih Memilih Bakal Suami Yang Lebih Muda?
Artikel SeterusnyaDa’i Wan Perli Caprice Kerana Keke Challenge?
Khai Azfar
Writes to Express Not to Impress