Sejak kebelakangan ini tular di media sosial mengenai Keke Challenge, sebuah tarian ringkas yang menampilkan lagu terbaru dari Drake, In My feelings. Bukan sahaja netizen, malah ramai selebriti turut memuat naik video tarian mereka yang mencuit hati.

Da’i Wan Perli Caprice?

Terbaru, ramai pendakwah yang ‘terpanggil’ untuk memberi ulasan mengenai tarian tersebut yang menjadi fenomena di seluruh dunia. Menerusi media sosialnya, Da’i Wan Dazrin turut memuat naik sebuah video ulasannya mengenai pandangannya terhadap tarian itu.

Baginya, tarian tersebut seperti menjurus ke faktor yang negatif apatah lagi melihatkan kaum wanita membuat tarian tersebut serta memuat naik video mereka di media sosial untuk tatapan umum.

Malah dalam video itu, dia turut menyebut nama Caprice dengan bertujuan sekadar memberi penghargaan kepada penyanyi rap tersebut kerana sering kali menyebut namanya. Meskipun sudah menyatakan kedua-dua mereka tidak mempunyai sebarang masalah, namun netizen menganggap Da’i Wan telah memerli Caprice kerana ‘kelantangan’ penyanyi itu yang sering kali mengutarakan pendapatnya sendiri di media sosial.

Kiki Challenge Haram?

Dalam perkembangan lain, terdapat beberapa pendapat yang mengatakan Kiki Challenge ini haram kerana menjatuhkan imej agama Islam. Bagi PU Amin pula, dia menganggap tarian ini hanya taksub oleh mereka yang beragama Islam berbanding yang bukan Islam.

View this post on Instagram

Bukan saja saja aku berani nak cakap benda ni , bila aku tegur ramai kecam balik , tapi ini satu trend yang menjahanamkan nilai moral orang melayu islam . Aku masih belum nampak orang bukan melayu bukan islam buat benda ni . Kalau ada mungkin tak banyak nak dibandingkan.. . Aku minta maaf banyak banyak kalau ramai marah , ramai kata ketinggalan zaman . Hari ni hari JUMAAT , harap harap tiada siapa yang berjoget buat benda ni masa OTW pergi Solat Jumaat sebab kejap lagi aku baca khutbah dekat Masjid Ar Raihan Kajang , aku nak cerita pasal Kiki dan Transsss . Masa khutbah jangan buat story pulak 😂.. . Mohon yang komen yang komen mengutuk , jangan tag nama sesiapa , jangan kutuk siapa siapa . Kita saling beringat mungkin yang buat itu terleka dan terlepas pandang .. #stopkikichallenge #stopkikichallenge #stopkikichallenge #stopkikichallenge

A post shared by PU Amin (@pencetusummah_amin) on

Apa pun, masing-masing ada pendapat mereka sendiri bukan? Yang baik kita jadikan contoh, yang tidak baik jadikan sebagai iktibar.

Artikel Sebelumnya[VIDEO] Aliff Syukri Beli Kereta Baru Untuk Yusoff Al-Qardawi?
Artikel SeterusnyaJadi Wakil Rakyat, Manohara Siap Bertarung Dengan Ahmad Dhani
Khai Azfar
Writes to Express Not to Impress