Mengambil keputusan untuk padam gambar, ‘berehat’ dari media sosial bukanlah perkara baru dikalangan selebriti tempatan mahupuhn antarabangsa. Jika sebelum ini kami telah melaporkan Miley Cyrus dan Haqiem Rusli telah memadam kesemua gambar mereka di Instagram, kali ini perkara yang hampir sama dilakukan oleh 5 penyanyi muda tempatan ini.

5 Penyanyi Mahu Berehat Seketika Dari Sebarang Media Sosial


Manakan tidak, lima penyanyi yang dimaksudkan adalah Tajul, Ariff Bahran, Afieq Shazwan, Wani Kayrie dan Sarah Suhairi yang dilihat telah memuat naik sebuah status dan gambar yang memberitahu ingin berehat seketika dari sebarang laman sosial. Malah lebih mengejutkan kesemua mereka turut memuat naik sebuah gambar yang sama di laman Instagram masing-masing.

Gimik Ataupun Realiti?


Sejak memuatnaik gambar itu, ramai peminat mula membuat spekulasi sendiri mengenai penyanyi kesayangan mereka.

Ada yang menganggap ianya sekadar gimik dan tidak kurang yang memberitahu mereka sedang menjayakan sebuah kempen apatah lagi sejak kebelakangan ini gejala buli siber semakin membimbangkan sehingga menyebabkan remaja kini mudah murung. Apa pun sama-sama kita nantikan perkembangan terkini mereka dari semasa ke semasa.