Cakap sahaja mengenai Running Man, siapa sahaja yang tidak mengenali rancangan realiti paling popular di dunia ini. Boleh dikatakan setiap episodnya berjaya mencuit hati penonton meskipun sudah bertahun-tahun ditayangkan. Malah di Malaysia sendiri, begitu ramai yang meminati rancangan ini.

Pelakon-Pelakon Utama Mission Impossible Sertai Running Man


Seperti episod – episod yang lalu, akan ada selebriti-selebriti terkenal dijemput sebagai selebriti undangan mereka. Namun menariknya kali ini, menerusi episod 542 akan datang, Running Man telah membuat satu yang luar biasa dimana mereka telah menjemput tiga pelakon utama filem Mission Impossible-Fallout sebagai tetamu undangan mereka. Yang dimaksudkan adalah Tom Cruise, Henry Cavill dan Simon Pegg.

Teruja Dengan Running Man


Jika anda terfikirkan bintang-bintang Running Man ini teruja bertemu dengan pelakon-pelakon Hollywood ini, memang benar!

Malah bukan sahaja mereka, malah Tom, Henry serta Simon sendiri begitu teruja dijemput memeriahkan lagi salah satu episod rancangan ini apatah lagi ingin mencabut tag nama di belakang baju bintang-bintang Running Man.

Mission Impossible-Fallout bakal ditayangkan serentak di seluruh dunia pada 26 Julai ini.

Sumber : Soompi.com