Lagi mengenai tarian Keke Challenge! Namun kali ini kerana tarian tersebut, terdapat pula satu babak sindiran melibatkan dua selebriti sensasi, Fatin Afeefa dan bekas suaminya Adam Shahz.

Adam Tegur Selebriti Yang Terjebak Dalam Keke Challenge


Segalanya bermula apabila Adam telah meluahkan beberapa pendapatnya di Twitter dengan menganggap tarian yang dibuat oleh ramai selebriti sedikit sebanyak menjatuhkan imej mereka. Malah dia turut menyatakan pendapatnya itu diutarakan secara keseluruhan dan tidak ditujukan pada mana-mana selebriti.

Fatin Afeefa Perli Bekas Suami 


Namun begitu, kenyataan itu membuatkan Fatin seolah-olah terasa dengan tegurannya memandangkan dia juga turut membuat tarian itu sebelum ini.

Tidak cukup dengan itu, Fatin turut memerli seseorang dipercayai ditujukan buat bekas suaminya itu dengan mendakwa sibuk memikirkan hal lain namun nafkah anak terabai selama hampir setahun.

Sedar akan perkara itu, Adam turut membuat kenyataan balas di Twitter nya dengan menjelaskan sudah memenuhi keperluan nafkah anaknya. Kerana Keke, banyak juga perkara berbangkit menjadi isu kebanyakan artis memandangkan Keke Challenge kini menjadi fenomena seluruh dunia.