Dua selebriti ini kembali menjadi topik bualan hangat dikalangan netizen apabila sebuah gambar yang dimuatnaik Dato Boy Iman bersama Ifa Raziah kelihatan sedang berpelukan.

Boy Iman Peluk Ifa Sebab Tiga Perkara


Terlebih dahulu, Boy Iman menerusi Instagram nya menjelaskan bahawa dia bukanlah sengaja mengambil gambar berpelukan dengan Ifa Raziah. Sebaliknya, dia memeluk penyanyi itu kerana Ifa kini sudah kurus serta baju yang digayakannya cukup cantik. Tambah Boy Iman, dia turut menganggap Ifa sebagai kakaknya sendiri justeru itu gambar tersebut hanyalah menunjukkan kemesraan antara seorang kakak dan adiknya.

Netizen Anggap Boy Iman Dayus


Namun begitu, seperti yang dijangka pelbagai kecaman terus dilontarkan pada Boy Iman dan juga Ifa sendiri. Meskipun hanya menganggap Ifa seperti kakaknya, namun gambar tersebut sedikit sebanyak menjatuhkan imejnya sebagai seorang suami dan Ifa pula berstatus isteri orang.

Melihatkan pada gambar itu juga ada yang tidak menolak mendakwa Boy Iman seorang yang dayus apatah lagi mempamerkan kemesraan itu untuk tatapan umum. Mungkin ada benar apa yang dikatakan, kerana tidak manis untuk bergambar seperti itu apatah lagi kedua-duanya sudah berkahwin bukan?

Artikel SebelumnyaTak Bagi Nafkah? Fatin Afeefa Perli Bekas Suami, Adam Shahz
Artikel SeterusnyaMenyesal Lambat Berhijab, Nasihat Norish Karman Cukup Menginsafkan
Khai Azfar
Writes to Express Not to Impress