Sepanjang tahun 2018, kelihatan semakin ramai artis wanita yang terbuka hati untuk berhijrah dengan memakai hijab.

Namun, pelakon kelahiran Singapura, Norish Karman yang  ini juga telah mengambil keputusan yang merupakan suatu perubahan besar dalam hidupnya. Norish yang baru-baru ini berkongsi tips Istiqomah untuk terus berhijab di Instagram telah menarik perhatian peminatnya.

Norish menegaskan bahawa semua kealiman dan ilmu agama diserap bukan terus melalui tudung atau berhijab. Katanya, ilmu agama itu sudah semestinya patut dipupuk dan dididik sejak dari kecil lagi.

Bapa Seorang Ustaz


Bagi Norish, dia sangat bersyukur kerana dikurniakan seorang bapa yang tinggi ilmu agama dan mendidik mereka sekeluarga dengan segala ilmu.

“Alhamdulilah saya dikurniakan seorang bapa yang sangat kaya dengan ilmu agama dan pendirian hidup yang sangat mewah dengan panduan Quran. Ustadz Karman
yang telah banyak mendidik segala ilmu agama yang ada pada diri saya dan adik-beradik. Pada usia , 6 tahun , ayah saya dah guna rotan kalau tak solat dan Puasa. Pada usia 7 tahun dah kena diri atas kerusi untuk hafal Muqaddam, Ayat Qursi, Surah Yusoff. Usia 8tahun dah kena hafal makna Yaasin kemudian perlahan-perlahan hafalkan surah Yaasin. Setiap hari Khamis kami dimestikan solat berjemaah dan Yasin beramai-atau kena hukum.”

Bantu Bakal Bergelar Mualaf


Mengimbau kembali saat dia masih kecil, Norish memberitahu dia pernah membantu bapanya mendidik muridnya yang bakal bergelar mualaf untuk peluk agama Islam dengan mengajar mengucap dua kalimah syahadah dan mengaji Muqaddam.

“Ramai orang datang belajar agama dengan bapa saya dan ramai juga yang bapa bantu didik untuk yang peluk agama Islam. Jadi dulu ayah serahkan pada saya tugasan mengajar Syahadah dan Muqaddam untuk yang baru mula kelas. “

Dalam kenyataannya yang sama, Norish menolak tanggapan negatif bahawa anak-anak yang dibesarkan oleh ibu tunggal senasib dengan dirinya mempunyai akhlak yang tidak baik dan gagal dalam pelajaran.

Norish akui dia sampai hilang kerjaya, kawan-kawan duniawi, hilang harta dunia hanya kerana berkorban demi masa jiwa raga untuk tumbesaran anak-anak agar senantiasa dalam pengawasan.

Tidak Berhijab Satu Penyesalan


View this post on Instagram

Iman itu bukan ketika berHijab semua kealiman dan ilmu agama diserap terus melalui tudung..:NO !! Ilmu agama itu sudah semestinya dipupuk ,dididik diterap dari kecil lagi… Alhamdulilaaah Ku dikurniakan seoramg Bapak yggvsgtvkaya dgn Ilmu agama dan pendirian hidup yg sgt mewah dgn panduan Quran ,Ustadz Karman yg telah byk mendidik sgale ilmu agama yg ada pd ku dan adikberadik… Pada usia ,6tahun Bapak dah guna rotan kalo tak solat dan Puasa.. 7tahun dah kena diri atas kerusi utk hafal Muqaddam , Ayatul Qursi,Surah Yusoff , 8tahun dah kena hafal makna Yaasin kemudian perlahan2 hafalkan surah Yaasin setiap hari Khamis kamindimestikan solat berjemaah dan Yaasin beramai2…atau kena hukum😭 9tahun kena paksa bertanding Berzanji,Syarahan agama masa Maulidur Rasul di majlis2 ilmu dan juga di Masjid… Waktu ptg kena pegi Sekolah agama Isnin sampai Khamis lepas balik dari sekolah circular… Bila balik rumah ,ramai org dtg belajar agama dgn Bapak dan ramai juga yg Bapak bantu didik utk peluk agama Islam,jadi dulu Bapak serahkan pd me tugasan mengajar Syahadah dan Muqaddam utk yg baru mula class…. Berpuluh2 tahun dididk JGN miss solat Sunat sblum Subuh ,jgn lambatkan Subuh ,lepas solat Subuh cuba baca Yaasin sekali… JGN miss Dhuha walau ape sekalipun 2rakaat atau 8rakaat paling best Bapak pesan…lepas Dhuha cuba Yaasin 1-3x jika mampu… itu semua la yg me laksanakan setiap hari dan dari anak2 me kecil me dah didik anak2 semua cara yg sama Bapak didik me…. ermm i think im more stern n strict to my children as a single mum d world constantly eyein for my mistakes in raising my kidz almaklum rumah takde Father figure jadi org2 selalunya bertanggapan bhw anak2 yg bercerai ibu bapa pasti punyai akhlak yg tidak baik, gagal dlm pelajaran dan byk lagi tanggapan negative yg kini me tangkis dgn sgale usaha mendidik anak2 dgn sepenuh hati dan didikan agama yg me dahulukan… iyer sampai me hilang sgalenya career ,hilang kwn2 duniawi, hilang harta dunia hanya krn me berkorban demi masa jiwa raga utk tumbesaran anak2 senantiase dlm pengawasan me…. My One & biggest regret ?? Lambat berHijab😭😭😭 Sumtg i shuld hv done long agO…. #hidayahituindah #cintaBapa

A post shared by QueenWarriorNorishKarman (@norishkarman) on

Norish mula berhijab pada 23 Februari 2018 dan keputusan besarnya ini sebagai hadiah kepada ayahnya, Karman Sukarjo sempena ulang tahun kelahiran bapanya itu yang lama menunggu dengan tanpa rasa marah. Norish akui sangat rasa menyesal kerana tidak betudung sejak dari dulu lagi kerana sudah lama ayahnya menyuruh Norish dan adik-beradik memakai tudung tetapi dirinya belum bersedia dan degil.

Norish menasihati kepada wanita-wanita di luar sana supaya terbuka hati untuk berhijab.

“Pada semua anak-anak perempuan, berhijablah demi bapa kita, demi Allah, kerana seksaan terhadap bapa kita dan diri kita tersangatlah perit”

Artikel SebelumnyaBoy Iman Dituduh Dayus Bergambar Berpelukan Dengan Ifa Raziah
Artikel SeterusnyaLatar Belakang 19 Finalis Mrs World Malaysia Ini Sangat Mengagumkan!
Suka menulis untuk dikongsi bukannya dikecam.