Di Indonesia, nama Iis Dahlia tengah jadi perbincangan hangat netizen di media sosial.

Hal ini terjadi selepas  sikap kontroversinya yang mengusir seorang peserta ujibakat Kontes Dangdut Indonesia (KDI). Sewaktu ujibakat dijalankan dikatakan bahawan seorang peserta, Waode Sofia dikritik dewan juri kerana tak berdandan seperti peserta lain.

Waode yang tak mengenakan make-up dan gaun seperti tak layak mengikuti ujibakat. Kritikan pedas itu pertama kali dilontarkan oleh Iis Dahlia.

“Tadi kamu di luar ada bertemu kawan-kawan tak? Nampak berbeza tak? Pakai lipstik tak? Pakai baju yang betul tak?” tegas Iis.

Sedutan video ujibakat  itu kemudian menjadi viral di media sosial. Lihat Video dibawah.

Selepas video ini tular nampaknya Iis Dahlia dihentam teruk oleh netizen sehingga memaksa Waode Sofia untuk tampil menjelaskan hal sebenar sebelum ia menjadi lebih teruk.

Di Akaun Instagram dengan nama @waode.sofia muncul ketika hangat orang ramai debatkan. Akaun tersebut memberi penjelasan tentang apa yang sesungguhnya terjadi di ruang ujibakat itu.

Menurut Sofia, dia tak pernah merasa tersindir dengan komen pedas para juri.

“Ini Fakta yang sebenarnya dari Ruang Ujibakat KDI 2018 Di Makassar! Saya Waode Sofia tidak merasa tersindir dari perkataan para juri artis,” tulisnya dalam sebuah muatnaik di Instagram.

Sofia juga mengaku tidak diusir oleh juri artis. Ia mengungkap bahawa saat itu dia benar-benar tidak sengaja tak membawa kostum dan alat solek wajah.

“Sebenarnya tidak ada yang meminta saya untuk pergi / diusir dari Ruang Ujibakat Juri Artis, tapi memang saya sedar bahwa ini semua ketidaksengajaan yang saya lakukan (lupa bawa make up dan gaun yang tertinggal dikampung) yang membuat juri meminta saya untuk di make over,” tulisnya lagi.

Foto: MNCTV

Sofia menambahkan bahawa juri artis tidak mengusirnya, melainkan memintanya memperbaiki penampilan.

“Dan sekali lagi saya tegaskan kesemua juri tidak mengusir saya atpi mereka hanya meminta saya untuk memperbaiki penampilan” ucapnya.

Pada posting tersebut, Waode Sofia juga menjelaskan bahawa setelah menjalani makeover, dia kembali ke ruang ujibakat dan menyanyi.

“Setelah itu saya masuk semula ke Ruang Ujibakat dan akhirnya alhamdulillah saya telah lulus dan masuk ke tahap selanjutnya!,” tulis remaja itu.

Belum diketahui adakah akaun tersebut benar-benar milik Waode Sofia. Ini kerana akaun itu baru dibuka 7 hari yang lalu.

Sumber DetikHot

Artikel SebelumnyaTerharu! Siti Nurhaliza Buat Kejutan Hari Lahir Adam Wan
Artikel Seterusnya10 Pesona Weni Panca, Si Cantik Yang Jadi Iblis Dalam Munafik 2
Suka menulis untuk dikongsi bukannya dikecam.