Begitu ramai yang tertanya siapakah gadis yang bertuah berjaya menambat hati pelakon terkenal, Baim Wong. Begitu ramai gadis dan juga selebriti dikaitkan dengan Baim atau nama sebenarnya Muhammad Ibrahim Wong termasuklah Elfira Loy.

Selamat Bertunang Dengan Model Terkenal Indonesia


Namun kini, penantian itu kini berakhir apabila Baim dikhabarkan telah selamat bertunang dengan Paula Verhoeven dalam sebuah majlis yang diadakan di Balemong Resort, Semarang, Jawa Tengah pada 21 Julai. Kisah hubungan mereka menjadi perhatian peminat di Indonesia apatah lagi Paula merupakan seorang model terkenal.

Gambar Pertunangan Dikongsi Bersama Peminat


Bagi tidak menghampakan peminat mereka, Baim dan Paula telah memuatnaik beberapa gambar mereka sambil menunjukkan cincin pertunangan yang dihadiri keluarga serta sahabat handai terdekat.

View this post on Instagram

My Dream is closer to a Reality . ❤️ Allah

A post shared by baim wong (@baimwong) on

Menurut beberapa sumber disana, Baim dan Paula hanya berkenalan secara serius dan menjalin hubungan cinta selama tiga bulan sebelum Baim memutuskan untuk melamarnya di sebuah pantai di Bali, 10 Julai lalu. Tahniah diucapkan buat Baim dan Paula!

Gambar: Instagram Paula Verhoeven 

Artikel SebelumnyaRestoran Chef Wan Di Singapura Ditutup Kerana Tidak Mengikut Resipi!
Artikel SeterusnyaTrailer Filem Aquaman & Shazam! Kini Dipertontonkan
Khai Azfar
Writes to Express Not to Impress