Pelakon wanita yang berasal dari Indonesia bernama Weni Panca mendapat kesempatan berlakon dalam filem arahan Syamsul Yusof bertajuk Munafik 2. Filem bergenre seram ini akan tayangkan pada 30 Ogos 2018 diseluruh Malaysia, Singapura dan Brunei.

Namun ramai yang tak tahu sebenaranya gadis yang dilahirkan pada 1990 ini asing dalam dunia hiburan mulai dari pelakon TV hingga model video klip.

Weni Panca mula muncul dalam dunia hiburan menerusi filem Missing You pada tahun 2016 lalu. Lakonan Weni di filem tersebut membuat dirinya semakin dikenali sebagai pemegang watak filem seram. Dirinya mengaku banyak belajar dari aktres legenda Suzzanna.

Dalam filem Munafik 2, Weni memegang watak sebagai wanita iblis. Bukan setakat itu, Weni juga terlibat di filem Rasuk yang ditayangkan pada Jun yang lepas. Dikenali dengan watak seram dalam filem, ternyata Weni adalah pelakon yang mempesonakan di kehidupan nyata. Lihat gambar-gambar ini yang dirangkumkan oleh Hangat.com dari berbagai sumber.

BACA  Wow! Maya Karin Kini Jalani Penggambaran Filem Hollywood

1. Setelah berjaya membuatkan penonton meremang di filem pertamanya, kini muncul filem sekuelnya berjudul Munafik 2.

2. Weni Panca memegang watak sebagai wanita yang menjelma menjadi iblis.

3. Penampilan Weni buatkan bulu roma meremang. Walaupun belum lihat lagi Trailer penuh, namun gambarnya aja sudah menakutkan.

4. Weni Panca pernah berlakon dalam sinetron ‘Dunia Terbalik’.

5. Penampilan Weni di kehidupan sehari-hari berbeza sangat dengan dalam filem.

6. Weni Panca pernah jadi model video klip Virzha untuk lagu Sirna.

Menurut Syamsul menerusi Instagramnya, Trailer Penuh filem ini bakal dimuatnaik dalam masa terdekta. “Munafik 2” ini juga bakal ditayangkan di bioskop Indonesia pada tarikh yang akan dimaklumkan tidak lama lagi.

BACA  Misteri! Pokok Durian Maya Karin Tiba-Tiba Terbakar

Selain Weni Panca , “Munafik 2” dilakonan sendiri oleh Syamsul Yusof dan pelakon lain-lain seperti Maya Karin, Nasir Bilal Khan, Datuk Rahim Razali, Datuk Fizz Fairuz, Fauzi Nawawi, Mawi, Adik Zara Sophia, Ku Faridah, Roslan Salleh dan penampilan istimewa Namron. Tak sabar kan nak tonton?