Sebelum ini ramai yang tertanya-tanya adakah watak Aquaman bakal diwujudkan filemnya sendiri selepas munculnya  dalam pasukan Justice League. Nampaknya hasrat tersebut telah didengari oleh DC Comics dan akan turut menghasilkan sebuah lagi filem akan datang, Shazam!.

Aquaman Bakal Ditayangkan Pada Disember Ini


Dilakonkan oleh Jason Momoa, Aquaman dikhabarkan akan ditayangkan pada 21 Disember ini di pawagam seluruh dunia. Menceritakan mengenai asal usul Aquaman, dalam filem ini juga terdapat beberapa watak lain termasuklah Black Manta, watak antagonis dalam filem ini. Dengan adanya tarikh tayangan tersebut, DC dijangka menutup tirai tahun ini dengan kutipan box office menerusi Aquaman.

Shazam! Saingan Captain Marvel


Tidak cukup dengan itu, DC meletakkan percaturan hebat dengan terlebih dahulu menunjukkan trailer filem adiwira terbaru mereka, Shazam! yang akan ditayangkan pada April 2019.

Terdahulu, Marvel telah mengumumkan filem Captain Marvel akan ditayangkan pada March 2019 sebulan lebih awal daripada Shazam!.

Nampaknya persaingan sengit bakal dilihat menerusi pertembungan dua filem mega ini apatah lagi watak Shazam! dan Captain Marvel mempunyai persamaan dari beberapa faktor yang pernah mencetuskan kontroversi sebelum ini.