Baru-baru ini drama ost Halalkan Hati Yang Ku Curi yang ditayangkan di TV3 trending di media sosial! Malah seiring dengan populariti drama itu, ramai yang tertanya siapakah penyanyi yang menyanyikan lagu drama tersebut. Untuk anda yang tidak tahu, lagu yang berjudul Harus Bagaimana itu telah dinyanyikan oleh Fahd Ezuan.

Cedera Di Muka,Terpaksa Pakai Cermin Mata Gelap

Semalam, penyanyi yang berasal dari Terengganu ini dilaporkan terlibat dalam nahas jalan raya ketika sedang dalam perjalanan ke sebuah set penggambaran di ibu negara.

Fahd atau nama sebenarnya Wan Mohd Izuan bin Wan Omar yang ketika itu menaiki kenderaan pengangkutan awam mudah alih(GRAB) dilaporkan hanya mengalami cedera ringan di muka.

“Masa itu, saya ambil GRAB dan kami baru 5 minit keluar dari KLIA. Secara tiba-tiba terdapat sebuah kereta yang dipandu laju melanggar belakang kereta yang saya naiki. Ketika itu saya pula duduk di belakang, dan kerana kesan pelanggaran itu muka saya terhempas pada kerusi dihadapan yang menyebabkan luka di kawasan muka”

Single Terbaru Menjadi Taruhan

Dalam perkembangan lain, Fahd kini sedang giat mempromosikan single terbarunya itu. Bagi Fahd yang sudah lebih dari enam tahun berkecimpung dalam industri hiburan tidak meletakkan populariti sebagai keutamaan. Sebaliknya, dia lebih gemar memilih dan berhati-hari sebelum keluarkan single terbaru yang memuaskan hati pendengar dan para peminat. Single Harus Bagaimana ini menceritakan mengenai perasaan bahagia seseorang yang tidak terungkap dan lagu serta lirik lagu ini telah ditulis oleh penyanyi, Ippo Hafiz.

Artikel SebelumnyaTrailer Filem Aquaman & Shazam! Kini Dipertontonkan
Artikel Seterusnya[VIDEO] Dato Seri Vida Dianggap Cemarkan Nama Sekolah Agama
Khai Azfar
Writes to Express Not to Impress