Sebelum ini, usahawan terkenal Dato Seri Vida didakwa telah mempergunakan sebuah sekolah agama demi kepentingannya sendiri. Perkara itu telah didedahkan sendiri oleh sebuah akaun Facebook yang dikenali sebagai PW Community dimana mereka mendakwa Vida atau lebih dikenali sebagai DSV dikatakan telah mempergunakan sekolah tersebut bagi menjadi stokis bagi produk keluaran syarikatnya.

DSV Didakwa Cemarkan Nama Baik Sekolah Agama

Terbaru, DSV sekali lagi terpalit kontroversi dengan sekolah berkenaan apabila dia didakwa telah melanggar protokol serta mencemarkan nama baik sekolah itu sebagai sekolah agama. Juga menerusi perkongsian akaun tersebut, DSV juga didakwa telah mengambil kesempatan dengan mempromosikan produknya meskipun ditegah berbuat demikian.

DSV Tetap Penuhi Jemputan

Meskipun dihimpit pelbagai kontroversi, DSV menerusi Instagram nya tetap tenang penuhi jemputan pihak sekolah tersebut. Malah tujuannya ke sana juga adalah untuk berkongsi pengalamannya.

Selain DSV, turut dijemput ke sekolah itu adalah Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah. Adakah benar dakwaan yang diperkatakan itu? Apa pun ramai yang memuji sikap DSV yang masih bermurah hati untuk menderma dan berkongsi pengalamannya sebagai inspirasi buat mereka untuk berjaya

Artikel SebelumnyaPenyanyi OST Halalkan Hati Yang Ku Curi Terlibat Dalam Nahas Jalan Raya
Artikel Seterusnya5 Penyanyi Yang Ingin Berundur Dari Media Sosial Hanya Gimik Semata!
Khai Azfar
Writes to Express Not to Impress