Sebelum ini kami pernah memuat naik sebuah artikel berkenaan 5 penyanyi muda yang dikhabarkan ingin berundur buat seketika daripada media sosial. Penyanyi yang dimaksudkan adalah Tajul, Ariff Bahran, Afieq ShazwanΒ , Wani Kayrie dan Sarah Suhairi yang dilihat memuat naik gambar beserta video yang sama.

Hanya Gimik Semata

Namun semalam, segalanya telah terbongkar apabila mereka mendedahkan status berkenaan hanyalah gimik semata-mata.

Ini kerana pada 5 Ogos depan, kesemua mereka bakal terlibat dalam sebuah program realiti terbaru terbitan Astro, Big Stage. Selain 5 penyanyi ini, terdapat 5 lagi penyanyi muda yang akan turut berentap bagi merebut wang tunai RM100,000 beserta trofi sumbangan Astro. Selain Fara Hezel, Andi Bernadee, Syafiq Farhain, Baby Shima, dan Sissy Imann antara penyanyi muda yang terlibat dalam program musim pertama ini.

Siti Nurhaliza Dan Faizal Tahir Sebagai Juri Tetap

Menariknya lagi, program realiti ini bakal menampilkan dua ikon muzik tersohor tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Faizal Tahir yang dilantik sebagai juri tetap manakala seorang juri jemputan profesional akan diundang khas secara bergilir-gilir pada setiap minggu untuk turut serta mengadili persembahan. Siapakah diantara mereka bakal bergelar juara? Pilihan Hangat.com adalah Wani Kayrie!