Imejnya yang sopan serta tampak manis antara kredibiliti yang ada pada penyanyi remaja sedang meningkat naik ini. Wani atau nama sebenarnya Nur Shazwani Selamat kini tampil dengan single terbarunya, Pendusta Cinta yang turut berduet dengan penyanyi rap terkenal, Waris.

Tampil Dengan Lebih Matang

Sebelum ini, Wani muncul dengan beberapa single hits yang turut membantu menaikkan namanya. Jika sebelum ini, dia lebih kepada lagu-lagu berunsurkan kerohanian, kali ini Wani tampil dengan single yang boleh dikatakan menampakkan dia jauh lebih matang. Malah, lagu yang bergenre pop ini juga membawa sisi Wani yang baru dimana dia turut menari bagi ‘mencuri’ ritma lagu tersebut.

Da’i Luqman Anggap Penyanyi Bertudung Seperti Undang Fitnah

Dalam perkembangan lain, terdapat pula dakwaan daripada netizen dimana seorang pendakwah bebas, Da’u Luqman telah mengecam seorang penyanyi berhijab popular. Menerusi kenyataannya itu, imej penyanyi tersebut yang berhijab sedikit sebanyak telah mengundang fitnah kepada wanita yang berhijab.

View this post on Instagram

Post ini tiada niat lain, melainkan untuk kembalikan imej dan maruah Muslimah bertudung __ Realiti pada harini, wanita Muslimah hanya berpemikiran bahawa "Islamnya aku itu cukup hanya sekadar bertudung". Dan kebanyakan dari mereka beranggapan pula, "aku dah pakai tudung, so aku dah boleh buat apa sahaja". Ramai dari kalangan wanita pada harini tak faham, konsep sebenar bertudung dan menutup aurat __ Apa yang anda faham tentang menutup aurat? Adakah sekadar tutup, kemudian boleh terkinja-kinja? Salah. Konsep sebenar menutup aurat adalah, menutup bahagian-bahagian yang telah digariskan oleh Syarak, dan dalam masa yang sama hadirkan rasa "Malu" pada diri __ Kerna jika takdak rasa Malu, maka tindakan menutup aurat itu takkan sesekali sampai pada matlamatnya __ Sudah2 lah mendatangkan fitnah kepada wanita bertudung yang lain. Disebabkan anda, ramai wanita lain pada harini yg tak mahu bertudung beralasankan; . "Alah, ustaz. Buat apa pakai tudung. Ustaz tengok sajalah kat luar sana, pakai tudung tapi berzina, pakai tudung tapi merokok, pakai tudung tapi menari, pakai tudung tapi naik moto ngan bf, etc.." __ Baginda SAW pernah bersabda dalam sepotong hadith dari Al-Hasan, . "Sifat malu itu daripada iman, dan iman itu di syurga. Dan kekejian itu dari kerendahan akhlak, dan kerendahan akhlak itu di dalam neraka" __ Wahai wanita, tingkatkan maruahmu dan kembalikan malumu! __ P/s : Jangan tanya chaq hukum wanita menyanyi plak. Sebab ada khilaf 'ulama. Wallahua'lam 😊 😊 __ #donedakwah #donetanggungjawabdiri

A post shared by Da'i Luqman ™ (@dailuqman) on

Meskipun tidak menyatakan nama mana-mana penyanyi, netizen mengandaikan kenyatan tersebut ditujukan buat Wani apatah lagi muzik video lagu tersebut baru sahaja keluar. Apa pun, pujian harus diberi kerana Wani masih mengekalkan imejnya sopan dan tarian tersebut kemungkinan tidaklah keterlaluan bukan?

Artikel SebelumnyaTahniah! Lisdawati Selamat Melahirkan Bayi Lelaki
Artikel Seterusnya[REVIEW] Filem The Envelope Langsung Tidak Seram?
Khai Azfar
Writes to Express Not to Impress